Abam Bocey Berani Abes Bongkar Keputusan SPM Sendiri 13 Tahun Dulu

Menjelang peperiksaan, bermacam perasaan akan bermain di dalam diri anda. Kadang-kadang anda rasa berdebar, kadang-kadang pula anda rasa gembira kerana penantian anda selama ini akan berakhir. Walau apa pun yang anda rasakan, anda perlu sentiasa menaikkan tahap motivasi anda untuk menghadapi peperiksaan.

Detik bersejarah buat pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang Selasa pastinya tidak akan dilupakan.

Dalam kesempatan itu, pelawak Abam Bocey turut berkongsi keputuasan SPM-nya pada tahun 2005.

“Tengok SPM korg berapa…. Kita xdelah pandai sgt akademik ni…. Tp praktikal utk hidup ade lahhhhh….. Pelajar majoriti perempuan…. #pendosa#pendosadunia #misimengecil#gemokisawesome #keciluntukibadah#taksukabolehjalan #jangansibukhalorang#kitabaikramaisayang,” tulis Abam.

Foto tersebut melihatkan keputusan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Ridzuan menduduki lapan mata pelajaran.

Antara mata pelajaran yang diduduki Abam adalah; Bahasa Melayu (6C), Bahasa Inggeris (7D), Pendidikan Islam (4B), Sejarah (6C), Matematik (7D), Pengurusan Makanan (5C), Fizik(8E) dan Kimia (8E).

Lalu, netizen telah meninggalkan pendapat masing-masing dalam ruangan komen gambar tersebut.

Bak kata pepatah, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan untuk menjadi seorang yang berguna kelak. Apa-apa pun, semoga berjaya buat pelajar yang bakal menduduki SPM bermula esok!

Kepada calon peperiksaan SPM, semoga dipermudahkan dan doakan agar anda semua berjaya dan cemerlang.

Foto : Instagram Abam Bocey

kredit: MH & Geng Joyah via papeeje

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *