“Lawatan Ini Mungkin Tak Sehebat Doa Mereka…” – Achey Ziarah Kubur Yus Jambu

Sebelum ini, pelawak Achey Bocey mempunyai kontroversi sehingga ramai yang mengatakan kononnya beliau akan menggantikan tempat Lan Solo sebagai vokalis terbaru untuk kumpulan Kristal.

Kini, penyanyi lagu Yang Terindah itu sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila beliau memuat naik gambar di Instagram ketika menziarahi kubur arwah pelawak Yussry Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu atau Pak Yus.

Beliau yang mungkin secara kebetulan berada di kawasan Perlis telah mengambil keputusan untuk menziarahi kubur arwah Pak Yus di Sungai Batu Pahat.

Mungkin lawatanku ini tidak sehebat doa mereka yang lain…

Rindu arwah Pak yus…

Berikutan itu, posting tersebut telah dihujani ucapan orang ramai yang merindukan lawak daripada dan turut memberi ucapan Al-Fatihah pada posting tersebut.

Al-Fatihah…

Sumber : Achey Bocey / Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *