MANTAP SUARA ARA JOHARI BERDUET DENGAN IDOLA, JACLYN VICTOR DAPAT PUJIAN NETIZEN

Penyanyi popular, Ara Johari atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Binti Johari mula melonjak namanya dalam industri seni suara ketika singlenya berjudul ‘Bunga’ berjaya meraih lebih 11 juta tontonan MV di Youtube.

Bakat dan suara Ara Johari yang unik dan merdu telah menarik minat netizen di laman media sosial.

Melalui perkongsian di laman Instagram, Ara ada memuatnaik satu video dia sedang nyanyi duet lagu berjudul ‘Nisan Cinta’ bersama dengan idolanya, Jaclyn Victor.

Video tersebut telah dimuatnaik beserta dengan kapsyen pendek daripada Ara,

“Omaigod!! Suara Idola 😍”.

Penyanyi Jaclyn Victor boleh dikira sebagai penyanyi legends kerana suaranya yang mantap dan mampu membuat pendengar terpukau mata melihat persembahannya.

Beruntung sangat apabila Ara berpeluang untuk berganding bersama-sama dengan idola. Bagaikan mimpi menjadi nyata Ara dan Jaclyn mempunyai projek akan datang.

Wow, Ara nyanyi duet dengan Jaclyn Victor…

Melting lah…

Perghhh, best gila, dua-dua suara memukau…

You both are so power…

Dua-dua idola…

Fuh meremang beb…

Sumber : IG Ara Johari via Kisah Dunia

Sebelum itu,

“Perghhh Power Arr Sis..” -Padu! Suara Ara Johari Raih Pujian Netizen!

Ara Johari yang selalu dikenali dengan vokalnya yang mantap memang terkenal dengan lagunya Warkah Untukku dan Bunga . Bintang kelahiran daripada program realiti Akademi Fantasia ini sering dipuji kerana suaranya yang boleh tarik tinggi!

Semalam, Ara telah memuatnaik satu video cover lagu legend yang bertajuk Alam Fana Cinta feat Abang Mell. Cover lagu tersebut dilakukan pada jam 3pagi. Fuhh dah lewat malam pun suara still sedap Ara Johari ni!

Hahaha! Sampai ada yang nak pergi karaoke lepas dengar suara Ara Johari ni dan ramai yang memuji suaranya yang padu itu sehinggakan ada yang terkesima!

Ngam gile suara.

Terbaik toqqq..

Woww power lah suara tu..

Sumber: IG Ara Johari via Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *