Fenomena Awan Bergulung Di Kelantan Yang Menakjubkan Semalam

Sebelum kita lihat awan di Kelantan, mari kita kaji apa itu awan bergulung atau ombak. Pada masa kini, selalu terjadi fenomena ini yang menggemparkan penduduk.

Awan bergulung ialah awan yang rendah, mengufuk, berbentuk tiub dan merupakan jenis awan arkus yang agak jarang dilihat. Mereka berbeza daripada awan-awan lain. Awan gulung biasanya kelihatan seperti ‘menggulung’ pada satu paksi mengufuk. Awan bergulung boleh diibaratkan seperti satu gelombang tunggal atau satu soliton, yang merupakan suatu gelombang yang mempunyai satu rabung dan bergerak tanpa mengubah kelajuan atau bentuk. Satu daripada awan bergulung yang terkenal adalah Awan Morning Glory yang ditemui di Queensland, Australia. Satu daripada sebab-sebab utama Morning Glory terbentuk adalah pengedaran mesoskala yang berkaitan bayu laut yang terbentuk di Semenanjung Cape York dan Teluk Carpentaria. Bagaimanapun ciri-ciri yang serupa dapat diwujudkan oleh alir turun udara daripada ribut petir dan tidak terhad kepada daerah-daerah pantai.

Awan arkus adalah formasi awan rendah mendatar yang dikaitkan dengan bahagian pinggir aliran keluar ribut petir, atau aliran keluar udara dingin dari bayu laut atau perenggan sejuk tanpa kehadiran ribut. Awan bergulung dan awan para merupakan dua jenis awan arkus, tetapi dengan perbezaan besar dalam penghasilan dan rupa mereka.

Awan `Ombak`kali ini di Kelantan pula, sumber dari FB Rossa Dar Abdullah.

Rata-rata netizen teruja dengan fenomena ini dan ade juga yang pernah mengalami kejadian yang sama. Baru-baru ini kejadian yang sama juga berlaku di Sabah.

OMBAK AWAN, MOMEN ANEH & LUAR BIASA KINI MELANDA SABAH

Meskipun formasi awan luar biasa kelihatan seperti ‘ombak besar’ dan ‘puting beliung’ di beberapa daerah di pantai barat Sabah, pagi Selasa, satu kejadian alam yang tidak menjejaskan orang ramai, namun disarankan agar terus pulang ke rumah dan tidak ke mana-mana.

Ini kerana keadaan gumpalan awan berkenaan disedari antara jam 7 pagi dan 7.30 pagi iaitu ketika cuaca mendung sebelum disusuli hujan, menandakan keadaan cuaca di negeri itu kurang baik ketika ini.

Fenomena sebegini bukanlah kali pertama berlaku kerana keadaan sama pernah terjadi pada  2016. Bagaimanapun, selepas berlaku gumpalan ini kira-kira lima minit, hujan turun dengan lebat.

Gambar formasi gumpalan awan luar biasa itu dikongsi secara meluas di laman sosial khususnya Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp.

Foto: Berita Harian

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azmi Daud, berkata fenomena awan kelihatan seperti ombak pagi tadi dikenali sebagai garis badai Borneo atau kumpulan ribut petir dan tidak membahayakan.

Katanya, keadaan itu terbentuk di perairan dan persisiran pantai sekitar barat Sabah pada awal pagi akibat tiupan angin dari arah laut yang menyebabkan awan kelihatan bergulung-gulung seperti ombak.

“Ia boleh berlaku akibat tiupan angin Barat Daya sewaktu ke daratan menjelang pagi.

“Kita menjangkakan cuaca mulai akan kembali normal menjelang petang,” katanya sambil berkata fenomena ini memang berlaku di negeri ini sebelum ini.

Foto: Berita Harian

Sumber: Berita Harian , RJ , Rossa Dar Abdullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *