UPDATE TERKINI TENTANG BAYI 17 BULAN YANG DICULIK KETIKA IBU DIA SEDANG TIDUR DIJUMPAI, INI WAJAH LELAKI YANG MENCULIK ITU

Seorang ibu Diela Yusofe hari ini tidak keruan selepas beliau mendakwa anak perempuannya berumur 17 bulan telah diculik oleh seorang individu yang memecah masuk kediaman rumah mentuanya di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap di sini, awal pagi tadi.

Menurut beliau, kejadian berlaku ketika mereka tidur dirumah ibunya, ketika sedang siapkan makanan sahur, namun ibu mertuanya menyedari pintu belakang rumah terbuka dan mangsa sudah tiada.

Mangsa dikenali sebagai Nur Aisyah Hasmizan sehingga kini dilaporkan belum dijumpai dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bukit Pasir, Muar, Johor.


SUMBER : Siakap Keli via Diela Yusofe

Bayi 17 bulan hilang selepas rumah dipecah masuk

Kehilangan mangsa, Nur Aisyah Hasmizan dikesan selepas neneknya, 68, tahun yang turut tinggal di kediaman itu terjaga pada jam 5 pagi untuk menyiapkan juadah sahur.

Ibu mangsa, Siti Noorfadilah Yusofe, 30, berkata, sebelum itu emaknya ada memaklumkan pintu belakang rumah mereka terbuka namun tidak mengesyaki apa-apa yang pelik.

“Sebelum itu, saya tidur jam 3 pagi namun tidak mendengar sebarang bunyi pelik. Kemudian saya terjaga setelah anak sulung berusia 10 tahun minta koko crunch untuk bersahur.

Selepas makanan disiapkan, saya ke bilik untuk kejutkan anak sulung bangun dan masaka itu juga baru sedar anak bongsu saya telah tiada di tempat tidurnya,” katanya.

Katanya, mereka kemudiannya mencari Aishah di dalam rumah tetapi gagal.

“Selepas 30 minit saya dan suami buat laporan polis di Balai Polis Bukit Pasir 30 minit selepas itu,” katanya.

Menurutnya, tiada perkara lebih dibimbangkan selain keselamatan anaknya yang masih kecil itu.

“Tak ada syak sesiapa pun. Barang berharga juga tak hilang, malah beg duit milik saya dan ibu juga tidak diambil. Cuma dua buah telefon bimbit yang dibawa lari.

“Sehingga kini, kami juga tidak menerima sebarang panggilan ugutan,” katanya, SUMBER : MSTAR ONLINE

BAYI SUDAH DIJUMPAI

Tular di media sosial bahawa bayi yang diculik telah dijumpai oleh orang awam. Gambar anak itu tular tetapi ibu anak itu belum buat apa apa pengesahan di akaun facebook rasmi beliau. Pihak polis juga belum keluar apa apa kenyataan. Dari wajah anak yang dijumpai sememangnya sama dengan wajah anak yang diculik.

Mereka mengatakan yang menculik anak tersebut adalah warga asing.

Ini update dari akaun facebook Malaysian Response Team 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *