LELAKI INI BELASAH ISTERINYA DI ATAS MOTOR, TIBA-TIBA DIA DITUMBUK OLEH ORANG RAMAI

Video seorang lelaki memukul seorang lagi lelaki di tengah-tengah jalan menjadi viral di Vietnam beberapa hari yang lalu. Lelaki yang dipukul itu telah melakukan kekasaran terhadap seorang wanita di atas jalan raya.

Menurut video berkenaan, seorang lelaki dan seorang wanita duduk di atas motosikal di tepi jalan. Pada ketika itu, lelaki itu kelihatan memukul dan menumbuk muka wanita itu. Punca sebenar kejadian tidak diketahui.

Walaupun wanita itu menjerit dan menangis, lelaki itu tidak menghiraukannya dan menarik tangan wanita itu serta terus menumbuk muka wanita yang duduk di hadapannya itu bertalu-talu tanpa henti.

Tidak lama selepas itu, datang seorang lelaki memegang tangan lelaki itu melarangnya untuk terus memukul wanita itu. Tiba-tiba, seorang lelaki berbaju putih muncul dan terus menumbuk muka lelaki itu bertalu-talu.

Lelaki yang mengasari wanita itu tadi dibelasah di atas jalan. Beberapa orang lelaki menghalang lelaki berbaju putih itu terus membelasahnya supaya keadaan tidak menjadi lebih parah.

Kejadian ini dilaporkan berlaku pada petang 4 September berhampiran kawasan hospital Dong Nai di Vietnam. Video klip ini telah menjadi viral di medial sosial. Rata-rata netizen menyokong lelaki itu patut mendapat pengajaran seperti itu kerana berani mengasari wanita di tengah-tengah jalan.

” Wanita dilahirkan untuk dikasihi dan dijaga, lelaki sepatutnya tidak mengasari wanita.. “

” Setiap kali menonton video keganasan wanita seperti ini membuatkan jantung berdebar-debar. Terima kasih kepada lelaki berbaju putih kerana membuat saya percaya masih ada lagi insan yang baik di dunia ini.. “ kata seorang netizen di Facebook..

VIDEO :

Kredit : Beritakopak

Sumber : indahnyaislam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *