Bertukar ramai kekasih… Uqasha Senrose pun bimbang

PETALING JAYA: Pelakon Uqasha Senrose mengakui ada perasaan bimbang dengan tanggapan orang sekeliling apabila melihat dia seperti kerap bertukar-tukar pasangan.

Namun, Uqasha, 26, berkata dia juga sama seperti manusia lain yang ingin mengenali orang baharu untuk dicintai dan mencintai bagi meneruskan hidup.

“Memang la kita takut dengan tanggapan orang tapi orang lain bercinta juga cuma saya tak tahu kenapa saya yang melalui benda ini.

“Bagi saya, setiap manusia juga mahu mencintai, dicintai, kenal orang baharu dan teruskan hidup. Sudah tentu setiap hubungan kita nak sesuatu yang serius.

“Namun kalau bukan jodoh dan bukanlah kita punya, kita harus lepaskan,” kata Uqasha kepada mStar Online.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/08/01/uqasha-senrose/~/media/39b14ea3957c489d98554442c00d007f.ashx?la=en

Ben menemani Uqasha ketika sambutan hari lahir Nelydia baru-baru ini.

Uqasha ditemui ketika malam tayangan filem Hantu Kak Limah di MMCineplexes E@Curve, di sini pada malam Rabu.

Pelakon drama bersiri Rahsia Hati Perempuan ini kini kerap memuat naik foto bersama pelakon Ben Amir di laman sosial.

Baru-baru ini, mereka dilihat bercuti bersama di Bali, Indonesia dan ditemani pelakon Nelydia Senrose yang juga adik kepada Uqasha.

Dalam pada itu, Uqasha mula mengenali pelakon drama bersiri Cinta Tiada Ganti itu kira-kria lima tahun lalu.

Uqasha juga memberitahu dia sangat selesa berkawan dengan Ben dan kini dalam proses mengenali hati budi.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/08/01/uqasha-senrose/~/media/228e7281f6384ddeb00a76b7ce14c45e.ashx?la=en

Uqasha Senrose.

“Saya dah kenal dia sejak 2013 tapi kami bertemu selepas dia berlakon dengan adik saya iaitu Nelydia.

“Jujur saya akui sangat selesa berkawan dengan Ben. Ini kerana apabila bersamanya, saya boleh jadi sendiri. Tak perlu nak berhias berlebih-lebih.

“Biasalah, kalau kita sukakan seseorang itu kita akan sentiasa cuba bergaya untuk buat dia tertarik.

“Tapi dengan Ben, penampilan saya sangat ringkas dan dia pun tak pernah berkata-kata apa-apa,” ujarnya.

Sebelum ini, Uqasha pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Pekin Ibrahim, Syafiq Kyle dan Hefny Sahad.

Uqasha juga pada awal kemunculannya pernah dikaitkan dengan pengacara Nabil Ahmad dan seorang jejaka berkuturunan kerabat diraja yang dikenali Tengku Bakar.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/08/01/uqasha-senrose/#fvr5i2ycgwZ2uY3b.99

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *