Doa Bismillah 9 Yang Di Baca Watak Ustaz Adam Dalam Munafik 2 Merupakan Sebuah Doa Yang Tidak Popular Namun Tidak Rugi Diamalkan Setiap Hari

Hizib merupakan kumpulan ayat-ayat Al-Quran , zikir , doa dan selawat yang disusun dengan tidak menggunakan hawa nafsu yang buruk/tidak elok untuk diamalkan dengan membacanya. Hizib al-Hafiz merupakan sebuah doa yang tidak popular, maka itulah sukar untuk dikorek di laman-laman sesawang dan ia jarang diperkatakan apatah lagi diamalkan.

Hizib Al Hafiz adalah satu hizib yang mempunyai khasiat dan faedah agar sentiasa dalam jagaan dan lindungan Allah SWT. Jika kita menjadikan hizib ini sebagai wirid yang berterusan Insya Allah akan sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah SWT dengan sentiasa dikawal oleh para malaikat di mana saja kita berada. Antara kelebihannya adalah sebagai doa pelindung daripada syaitan dan hasad dengki

Hizib ini juga ada di dalam lagu Mawi dan Ac Mizal Al-Haq, namun ramai terlepas pandang.

Cara mangamalkannya adalah seperti berikut:

1. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada Nabi Muhammad SAW. (1 kali)
2. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada seluruh Rasul dan Malaikat Allah (1 kali)
3. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada wali-wali Allah, ulama dan seluruh kaum muslimin (1 kali)
4. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (1 kali atau lebih)
5. Kemudian disambung dengan membaca Hizib Al-Hafiz seperti berikut:

Fadhilat ayat  ‘Bismillah 9’ ini amat besar sekiranya diamalkan setiap kali selepas solat,

  1. Jika sesiapa beristiqamah mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ , InsyaAllah segala hajat akan ditunaikan oleh Allah SWT.
  2. Mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ ini, InsyaAllah akan dapat memagar diri dalam sebarang situasi kecemasan dan bahaya.
  3. Sekiranya menghadapi serangan, InsyaAllah tidak akan dapat dibinasakan oleh musuh malah pengamal ‘Bismillah 9’ akan berjaya menumpaskan mereka.

 

Sumber shafiqolbu.wordpress

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *