Gara-Gara Gatal Tangan Merakam Video Upskirt, Ini Akhirnya Terjadi Kepada Pembantu Timbalan Menteri

Video penuh kejadian di akhir artikel

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu kepada seorang timbalan menteri persekutuan disebut dalam aduan gangguan seksual oleh seorang pakar optik, yang berkata dia merakam video bawah kainnya semasa dia sibuk menjalankan pemeriksaan mata ke atas majikannya.

Menurut laporan polis yang dilihat FMT, pakar optik itu sedang memeriksa Timbalan Menteri Azis Jamman di satu kedai di satu pusat beli-belah di Kuala Lumpur semalam, apabila dia perasan seorang lelaki, yang duduk dibelakangnya, meletakkan video bawah kainnya.

Rakaman CCTV menunjukkan lelaki itu meletakkan telefon bimbit berdekatan kain pakar optik itu semasa dia sedang memeriksa penglihatan Azis.

“Semasa saya berpusing mengadap skrin di sebelah, saya perasan lelaki tersebut memegang 1 telefon bimbit dan sedang merakam. Selepas melihat rakaman CCTV saya dapati lelaki tersebut telah merakam saya dari bawah skirt,” kata pakar optik itu dalam laporan polisnya.

Ketika dihubungi, balai polis di mana laporan itu difailkan menafikan ada aduan seperti itu.Bagaimanapun, Azis mengesahkan kejadian itu kepada FMT, dan menambah pegawai itu sudah dipecat.“Saya tak boleh terima tingkah laku seperti itu. Saya terkejut melihat video itu,” katanya.

Beliau berkata dia ke pakar optik itu ditemani isteri dan pembantu.Atas permintaannya, Azis berkata pembantu itu mengikutinya ke bilik konsultasi.

“Saya bawa pembantu saya kerana saya tidak mahu bersendirian dengan seorang perempuan lain. Saya mahu pembantu saya jadi saksi, itu sahaja,” katanya.

Tetapi “saksi” itu ada muslihat yang tidak baik, dan Azis bersemuka dengannya selepas melihat rakaman CCTV.

“Saya pecat dia berkuatkuasa serta-merta,” tambahnya.

Sumber FMT

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *