BERHATI-HATILAH WANITA DI LUAR SANA, KALAU BOLEH ELAKKAN MENDOBI WAKTU MALAM, TEMPAT YANG KURANG ORANG

Biasanya kita selalu menggunakan dobi layan diri pada malam hari kerana waktu malamlah kita mempunyai masa terluang kerana siang hari kita didapkan dengan tugas dan kerja. Tetapi awas, kita mungkin terdedah dengan bahaya kerana jenayah sememangnya mencari masa dan peluang untuk mengambil kesempatan seperti di dalam Video di bawah.

Kejadian yang kemungkinan berlaku di kawasan Gombak -(mengikut dari hastag di bawah Video tersebut) membuktikan bahawa sememangnya penjenayah akan senantiasa mengambil peluang dan kesempatan.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Acik King telah memuatnaik Video di Facebooknya tentang kejadian yang menimpa dipercayai kakaknya dan meminta wanita dan perempuan di luar sana supaya berhati-hati ketika mendobi.

Dalam rakaman video tersebut, kelihatan 4 orang suspek yang menaiki motosikal telah melakukan samun ke atas dua orang wanita yang kemungkinan sedang menunggu pakaian mereka.

Kelibat penjenayah memakai topi keledar memgang senjata tajam, manakala seorang lagi menunggu di atas motosikal

Dapat dilihat dengan jelas ada suspek yang membawa senjata tajam dan mengacukan kepada wanita tersebut

Ada antara suspek yang mencari barang berharga dari mangsa dan seorang lagi memegang senjata tajam

Pengguna Facebook yang memuatnaik Video di facebooknya

Assalamulaikum…nasib tak mnyebelahi kakak2 ku ….kepada semua berhati2 la mendobi terutama PEREMPUAN..ambil pngajaran dimana2 bole berlaku…4 orng suspek menaiki motorsikal LC…repot polis semua da setel..semoga penyamun2 ni dpt balasan yg setimpal…hrp maklum penyamun2 ni masih active lagi….satu hari korang mesti kene……
#lokasidobiqueen
#ongtakim
#gombak

Bagaimanapun, kita harus berhati-hati apabila menggunakan perkhimatan pada lewat malam kerana kesunyian dan kesepian dari khalayak ramai akan mengundang penjenayah untuk mengambil kesempatan. Elakkan jika boleh menggunakan perkhimatan seperti dobi pada lewat tengah malam.

Apa-apapun kita harapkan semoga penyamun yang terlibat dapat segera di berkas dan dihadapkan ke pengadilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *