Entiti dirakam sedang bermain JONGKANG JONGKIT. Setelah diteliti Betul2, ini yang dijumpai

Mana ada hantu main buaian

Kuala Terengganu: Datuk Bandar Kuala Terengganu, Mohd Zulkifli Abu Bakar, menafikan gambar menyerupai hantu bermain buaian di Pantai Batu Buruk yang tular di media sosial sejak awal minggu ini.

Selain itu, beliau juga menolak dakwaan bahawa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan melupuskan kesemua buaian yang terdapat di pantai itu berikutan kehadiran mahkhluk ghaib terbabit.

Menurutnya, gambar yang ditularkan sejak awal minggu ini disahkan tidak benar dan hanya rekaan dengan tujuan untuk menakutkan orang ramai yang berkunjung ke pantai terbabit.

“Dakwaan itu tidak benar malah MBKT akan menambah empat set buaian lagi di kawasan itu termasuk tiga di hadapan bazar jualan Batu Buruk dan satu di gigi air.

“Perancangan kami adalah untuk menyediakan lapan set buaian di situ selain 10 kerusi kayu cengal,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, hari ini.

sumber: hmetro

Entiti dirakam sedang bermain JONGKANG JONGKIT

Sebuah jongkang jongkit dirakam sedang bergerak2 tanpa anpa sesiapa di atasnya menyebabkan video berdurasi 53 saat yang dimuat naik di Facebook (FB) tular dan dikongsi pengguna aplikasi lain termasuk WhatsApp sejak beberapa hari lalu.Insiden menyeramkan itu dipercayai dirakam penghuni

Image may contain: tree, plant, grass, outdoor and nature

Zoom lebih dekat:

Image may contain: outdoor

VIDEO:

Agak2 sape tengah main?

Posted by Sukan Star TV – sstv.my on Friday, August 31, 2018

Pontianak ‘main buai’ di siang hari… [METROTV]

BUAIAN berhayun tanpa sesiapa di atasnya kecuali susuk seolah-olah pontianak yang berdiri di hadapan buaian itu menyebabkan video berdurasi 24 saat yang dimuat naik di Facebook (FB) pada 28 Mac lalu tular dan dikongsi pengguna aplikasi lain termasuk WhatsApp sejak beberapa hari lalu.

Insiden menyeramkan itu dipercayai dirakam penghuni kuarters kerajaan yang terletak di Kempas, Johor Bahru.

Dalam video itu, kelihatan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

NSTP meninjau kuarters berkenaan yang dipercayai baru siap dibina, namun belum dihuni sepenuhnya kakitangan jabatan itu.

Video itu dipercayai dirakam dari arah sebuah blok berhadapan taman permainan kanak-kanak di kuarters berkenaan.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, sejak menghuni kuarters berkenaan, tiada sebarang gangguan atau kejadian tidak diingini berlaku.

“Baru-baru ini kecoh dalam beberapa kumpulan WhatsApp dan saya ada menonton video berkenaan apabila ia tular.

“Sejak tinggal di sini awal tahun ini, saya tidak pernah berdepan sebarang gangguan mistik atau berhadapan insiden pelik.

“Perumahan ini juga masih belum penuh diduduki, dan ramai yang belum berpindah ke sini buat masa ini,” katanya yang tidak tahu siapa yang mengambil video berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JBPM Johor Mohamad Riduan Akhyar berkata, isu gangguan makhluk halus terbabit tidak pernah diutarakan sejak penghuni kuarters berpindah ke rumah masing-masing, Mac lalu.

Bagaimanapun, katanya, sejak video yang memaparkan wanita menyerupai pontianak itu dikongsikan, pihaknya mengadakan bacaan tahlil dan Yasin di kawasan berkenaan, Ahad lalu.

“Kita mengambil pendekatan perubatan tradisional dan mengadakan bacaan tahlil dan Yasin.

“Bagi kami, isu ini tidak serius dan mungkin secara kebetulan dilihat penghuni dalam kejadian pada siang hari itu.

“Sebelum ini, anak-anak penghuni bermain di taman permainan berkenaan dan tidak pernah mengalami masalah gangguan makhluk halus,” katanya yang memaklumkan hampir 80 peratus kuarters dihuni kakitangan jabatan berkenaan.

Menurutnya, sebagai umat Islam, setiap orang perlu percaya alam ghaib dan makhluk halus, namun pendekatan secara tradisional dan Islam perlu dilakukan bagi menjaga keharmonian penghuni kuarters berkenaan.

Katanya, insiden itu sudah dirakamkan sejak minggu lalu, tetapi hanya tular beberapa hari lalu.

VIDEO:

sumber: hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *