PRK DUN Seri Setia serentak DUN Balakong pada 8 Sept

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia akan diadakan serentak dengan DUN Balakong pada 8 September ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood.

Beliau turut mengumumkan bahawa mesyuarat khas yang diadakan hari ini juga menetapkan 18 Ogos ini sebagai hari penamaan calon kedua-dua PRK.

“Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 21 hari bermula pada hari penamaan calon sehingga jam 11.59 malam 7 September.

“Kita adakan kedua-dua PRK ini secara serentak berdasarkan faktor logistik, keselamatan serta kemudahan petugas.

“Langkah ini kita lihat boleh memudahkan urusan semua pihak,” katanya kepada pemberita.

Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Profesor Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu manakala kerusi DUN Balakong kosong susulan kematian penyandangnya, Eddie Ng Thien Chee yang terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lalu.

Othman berkata, sebanyak 53,492 pemilih layak mengundi bagi PRK DUN Seri Setia iaitu mengikut daftar pemilih sehingga suku pertama 2018 yang telah dikemaskini pada 2 Ogos.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *