Budak Ini Tidak Berhenti Melihat Handphone Lelaki Ini. Disaat Lelaki Ini Perasan Ini Yang Terjadi. Sungguh Tak Di Sangka

SALAH satu barangan yang paling disukai dan diidamkan kanak-kanak hari ini adalah telefon pintar. Apabila terpandangkan telefon bimbit orang dewasa, soalan pertama yang akan ditanya kepada mereka kebiasaannya adalah ‘ada ‘game’ apa?’ atau minta ‘nak main game’. Ternyata, ini berlaku di seluruh dunia! Seorang lelaki yang menaiki kereta api bawah tanah di New York baru-baru ini turut berdepan situasi sama.

Duduk sambil bermain ‘game’ di telefon bimbitnya seperti yang dilakukan kebanyakan penumpang lain sementara tiba ke destinasi, di sebelahnya kelihatan seorang budak lelaki dengan wajah yang begitu berminat sedang menjenguk telefon lelaki itu sambil memberi ‘nasihat’ kepadanya barangkali.

Menyedari perlakuannya, lelaki itu memandang wajah budak lelaki berkenaan sebelum menyerahkan telefonnya kepada penumpang kecil di sebelahnya. Tanpa menolak, budak lelaki itu terus bermain permainan video di telefon bimbit lelaki budiman tersebut. Rakaman video saat yang dianggap manis itu dirakam dan dimuat naik oleh penumpang Kia Tatiyana Davis yang berada di tempat dan masa yang tepat.

Postingnya yang dimuat naik minggu lalu telah dilihat lebih dari 3.6 juta kali. Dia menulis: “Apa yang saya saksikan hari ini dalam kereta api. Saya hampir menangis.” Dan dia bukan satu-satunya yang menghargai sikap dan kebaikan lelaki itu, sebaliknya lebih 1,000 orang meninggalkan komen pada posting berkenaan dan ia mendapat 57,000 perkongsian. “Ia menakjubkan!! Budak lelaki itu akan bercakap tentangnya selama beberapa hari kepada kawan-kawannya.

Seorang lagi menambah: “Si kecil itu sangat comel dan manis. Saya juga akan benarkan dia guna telefon saya. Seorang yang lain mengulas: “Saya suka menonton video seperti ini, menunjukkan masih ada manusia baik di luar sana.” Pada 2016, seorang wanita berusia 70 tahun yang menaiki kereta api mengejutkan penumpang dengan kebaikannya, apabila dia membantu seorang lelaki yang dilaporkan mengalami masalah mental.

Kisah itu disiarkan di Facebook oleh Ehab Taha yang mendakwa para penumpang berasa terancam dengan tingkah laku lelaki itu kecuali wanita warga emas berkenaan. Ehab dalam postingnya berkata: “Saya menyaksikan adegan manusia yang paling luar biasa di skytrain. “Seorang lelaki tinggi yang sedang menderita kerana penyalahgunaan dadah dan/atau isu-isu kesihatan mental bertindak agresif di dalam gerabak.

“Ketika semua orang takut, wanita berusia 70 tahun ini menghulurkan tangannya, dengan tenang menggenggam tangan lelaki itu, duduk senyap bersamanya dan lelaki itu mula menitiskan air mata. “Saya bercakap dengan wanita itu selepas insiden tersebut dan dia hanya berkata ‘saya seorang ibu dan dia perlukan sentuhan seseorang’. Dan dia mula menangis. Jangan takut atau menilai orang yang tidak dikenali di dalam bas, kehidupan tidak memberikan kebajikan yang sama untuk semua manusia.” Kesimpulannya, orang baik masih wujud di dunia ini.

Posted by Kia Tatiyana Davis on Thursday, August 9, 2018

Posted by Kia Tatiyana Davis on Thursday, August 9, 2018

Posted by Kia Tatiyana Davis on Thursday, August 9, 2018

SUMBER : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *