Mengejutkan Apabila Kawasan Ini Diserang Hujan Batu Hari Ini

Baru baru ini negara kita ditimpa beberapa kali cuaca yang pelik. Dengan kejadian guruh yang mengeluarkan bunyi amat menakutkan sehingga menggegarkan tingkap rumah kemudian dihujani ais batu. Selepas kejadian ini tragedi gempa bumi di Lombok Indonesia berlaku.

Perubahan iklim di Malaysia secara mendadak munkin menjadi faktor utama cuaca di Malaysia tidak begitu baik. Keadaan panas yang melampau pada waktu tengah hari juga menjadi bualan netizen.

Diingatkan supaya berhati hati terutama ketika cuaca buruk. Hari ini terjadi lagi satu fenomena cuaca yang mengejutkan ramai orang di Kuala Lipis.

Penduduk gempar Lipis dilanda hujan batu

Image may contain: one or more people and outdoor

Penduduk di sekitar bandar Kuala Lipis di sini, gempar apabila hujan air batu melanda kawasan itu kira-kira 20 minit, petang tadi.

Kejadian pukul 6.45 petang itu pada awalnya mengundang panik dalam kalangan orang ramai yang risau kenderaan mereka rosak ditimpa hujan batu sebesar guli.

Hujan air batu bagaimanapun turut menarik perhatian ramai apabila ada yang mengutip serta mengambil gambar ketulan ais itu.

Seorang penduduk Ahmad Nazree Sahbudin, 35, berkata, kejadian tersebut berlaku dengan hujan secara tiba-tiba sebelum dikejutkan dengan iringan bunyi kuat apabila ketulan ais menimpa lebih 10 kereta yang diletakkan berhampiran.

Menurutnya, dia dan rakan-rakannya menjenguk ke luar dan mendapati hujan turun bersama ketulan kecil berwarna putih.

Sumber: BERNAMA via Buletin Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *