Guruh Kilat Yang Menakutkan Ombak Guling Yang Hitam Dan Hari Ini Kita Dikejutkan Dengan 1 Lagi Fenomena Cuaca Yang Pelik

Hujan ais dilaporkan berlaku di kawasan Bukit Jalil ketika hujan lebat kira-kira pukul 3 petang ini.

Beberapa video kejadian itu dimuat naik orang ramai di laman media sosial termasuk Twitter dan Facebook.

Video berkenaan  ditonton lebih 10,000 pelayar selain turut menerima 1,000 perkongsian.

Menurut akaun Facebook Pak Toyyib, hujan yang amat lebat di sekitar Taman Bukit Serdang dan Bukit Jalil sebentar tadi telah menurunkan ketul-ketul ais.

“Subhanallah, hujan yang amat lebat di sekitar Taman Bukit Serdang dan Bukit Jalil sebentar tadi menurunkan ketul-ketul ais dari langit.Biarpun tidak lama tapi mengujakan. Waktu maghrib malam tadi pula berlaku bunyi guruh yang kuat seakan satu letupan memeranjatkan jemaah di surau,” ujarnya.

Sementara itu, sebuah lagi pemilik akaun Facebook, Halimah Cha, itu pengalaman pertama dilaluinya sepanjang duduk di sekitar Bukit Jalil dan berharap tiada perkara buruk berlaku.

“Dunia semakin dekat denga kiamat, Allahuakhbar takutnya. Malam tadi guruh bunyi punyalah kuat. Harap-harap tiada perkara buruk berlaku,” katanya.

Sumber: Utusan

Hujan air batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus (awan petir).

Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas tahap pembekuan. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar.

Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara subtropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa.

Berikut merupakan perkongsian detik-detik hujan batu ais yang berjaya di rakam oleh netizen melalui perkongsian di Facebook oleh David Chai David.

Terdahulu, beberapa fenomena pelik berlaku dalam masa terdekat ini sehingga menggemparkan seluruh negara. Bermacam-macam tanggapan yang di luahkan netizen di laman sosial, rata-rata memuji kebesaran Yang Maha Esa, Tuhan Pencipta Alam.

1. Fenomena Awan Gulung di Kelantan

Sebelum kita lihat awan di Kelantan, mari kita kaji apa itu awan bergulung atau ombak. Pada masa kini, selalu terjadi fenomena ini yang menggemparkan penduduk.

Awan bergulung ialah awan yang rendah, mengufuk, berbentuk tiub dan merupakan jenis awan arkus yang agak jarang dilihat. Mereka berbeza daripada awan-awan lain. Awan gulung biasanya kelihatan seperti ‘menggulung’ pada satu paksi mengufuk. Awan bergulung boleh diibaratkan seperti satu gelombang tunggal atau satu soliton, yang merupakan suatu gelombang yang mempunyai satu rabung dan bergerak tanpa mengubah kelajuan atau bentuk.

Berikut perkongsian daripada Facebook Friends of BN – Barisan Nasional memaparkan fenomena awal ganjil yang berlaku di Kelantan.

Sumber: Friend of BN – Barisan Nasional 

2. OMBAK AWAN, MOMEN ANEH & LUAR BIASA KINI MELANDA SABAH

Meskipun formasi awan luar biasa kelihatan seperti ‘ombak besar’ dan ‘puting beliung’ di beberapa daerah di pantai barat Sabah, pagi Selasa, satu kejadian alam yang tidak menjejaskan orang ramai, namun disarankan agar terus pulang ke rumah dan tidak ke mana-mana.

Ini kerana keadaan gumpalan awan berkenaan disedari antara jam 7 pagi dan 7.30 pagi iaitu ketika cuaca mendung sebelum disusuli hujan, menandakan keadaan cuaca di negeri itu kurang baik ketika ini.

Fenomena sebegini bukanlah kali pertama berlaku kerana keadaan sama pernah terjadi pada 2016. Bagaimanapun, selepas berlaku gumpalan ini kira-kira lima minit, hujan turun dengan lebat.

Gambar formasi gumpalan awan luar biasa itu dikongsi secara meluas di laman sosial khususnya Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp.

Sumber Gambar: Berita Harian
Sumber Gambar: Berita Harian

Sumber: Hijannheels

3. Fenomena Panah Petir, Bunyi Guruh Kuat

Tempohari, 31 Julai 2018, ramai netizen dikejutkan dengan bunyi guruh yang amat menakutkan dan tak berhenti selama 20 minit

Fenomena bunyi guruh ini dikatakan berlaku sepanjang kawasan Cyberjaya sehingga ke Puchong di antara jam 7 – 7.30 malam sebelum disambung dengan panahan petir.

Netizen menyifatkan bunyi guruh itu berlangsung terlalu lama seolah-olah ada sebuah keretapi berat melalui kawasan perumahan merereka

Malah, terdapat juga segelintir yang mendakwa berlaku sedikit gegaran di merata tempat di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur selepas petir sabung-menyabung tanpa henti. Penduduk di Kuala Pilah, Negeri Sembilan juga melaporkan perkara sama.

Gegaran ini turut mengakibatkan lambakan kereta mengeluarkan bunyi alarm secara tiba-tiba.

Sejak daripada itu, gambar di bawah yang dimuat naik oleh Joe Taufiq di Facebook mula viral dan mendapat perhatian ramai

Gambar ini menunjukkan panahan kilat menyambar Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur yang dipercayai berlaku sekitar jam 9 malam tadi.

Sumber: Joe Taufiq , Via Buletin Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *