Bila Wife Mengandung Dan Mengidam, Tugas Suami Adalah Untuk Memenuhi

Telah banyak kita dengar bahawa sebahagian perempuan mengandung sememangnya mengidam dan meminta sesuatu seperti makanan untuk dimakan yang dipercayai turun temurun berasal dari kehendak bayi didalam kandungan. Namun banyak kes yang lebih pelik berlaku apabila wanita mengandung kadang kadang mengidam sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali seperti mengidam nak tengok UFO dan sebagainya.

Namun kali ini viral pula seorang wanita mengidam suatu yang melucukan namun ianya benar benar berlaku. Seorang wanita telah viral di laman sosial apabili video wanita tersebut gembira saat kehendaknya ditunaikan iaitu kehendak wanita tersebut untuk menaiki bas. cukup jarang bukan? Namun ianya sememangnya kehendak wanita tersebut kerana beliau sememangnya mengidam perkara yang demikian.

Suaminya yang menuruti segala kemahuan isterinya telah meminta pemandu bas untuk membawa isterinya menaiki bas sambil diikuti oleh suaminya dari belakang. Meskipun perjalanan wanita tersebut menaiki bas tersebut adalah amat singkat namun ianya sudah cukup untuk memuashatikan wanita tersebut . Dilihat wanita mengidam tersebut cukup gembira setelah menaiki bas yang diidamkan olehnya.

Video tersebut menjadi viral kerana ianya adalah antara bukti bahawa sememangnya wujud wanita mengandung yang mengidam sesuatu yang tidak masuk akal namun masih boleh ditunaikan oleh suaminya . netizen juga turut terhibur dengan gelagat wanita tersebut sewaktu naik dan turun dari bas tersebut.


VIDEO :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *