Nurul Izzah Dedahkan Cinta Pertama Dan Cinta Abadi Beliau

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, tegas mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Katanya, kerusi berkenaan mempunyai memori tersendiri dan dianggap sebagai ‘cinta abadi’.

INI RUPANYA CINTA PERTAMA DAN CINTA ABADI NURUL IZZAH

“Cinta pertama dan kedua saya ialah Parlimen Lembah Pantai, namun Permatang Pauh adalah cinta abadi saya.

“Saya sangat komited (di Permatang Pauh). Saya ada banyak agenda untuk dilaksanakan di sana dan akan kekal di Permatang Pauh hingga akhir tempoh penggal Parlimen,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau ditanya sama ada sedia memberi laluan kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menduduki kerusi yang pernah diwakili pemimpin PKR itu.

Semalam, Anwar diisytihar menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, sekali gus membuka ruang untuk Pakatan Harapan (PH) meneruskan pelan melantiknya sebagai Perdana Menteri.

Anwar mendapat pengampunan diraja, baru-baru ini, sekali gus boleh bertanding pada pilihan raya untuk menjadi Ahli Parlimen dan seterusnya diangkat sebagai Perdana Menteri kelapan.

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, turut mengesahkan akan mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Pandan, selain mahu mengekalkan semua jawatan dalam Kabinet.

Selain menjadi Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah turut memegang portfolio Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. SUMBER : BHARIAN ONLINE

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah menegaskan beliau tidak akan mengosongkan kerusi yang dianggap ‘cinta abadi’ beliau kepada bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada media di lobi Parlimen, Izzah berkata beliau komited untuk bekerja di Permatang Pauh dengan beberapa projek sudah dirangka untuk penduduk disana.

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam kabinet serta sebagai Anggota Parlimen Pandan, bagi memberi laluan kepada suaminya Anwar.

Tegasnya, beliau akan mengekalkan semua jawatan yang digalasnya walaupun Anwar menang tanpa bertanding jawatan presiden pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Anwar sebelum ini turut memberi bayangan akan kembali ke Parlimen dalam masa terdekat namun tidak dapat dipastikan dimana.

Semalam nama Anwar disahkan hanya calon tunggal yang akan bertanding Presiden PKR.

Namun Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) Ismail Yusof berkata nama Anwar belum boleh disahkan sebagai presiden secara rasmi kerana badan itu mempunyai prosedur tertentu,

Katanya semua nama yang dicalonkan perlu melalui proses pengesahan oleh JPP.

SUMBER : KINI TV , Via Buletinnetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *