YB Nurul Izzah Tampil Berbeza Ketika Hadir Sidang Parlimen Ke-14, Curi Perhatian Netizen

Biasanya kita melihat penampilan YB Nurul Izzah yang cukup selesa mengenakan hijab bawal dengan lilitan begitu sinonim dengan dirinya. Malah Syawal lalu juga menyaksikan ramai di kalangan hijabi turut menggayakan hijab bawal ala ikatan Nurul Izzah. Apatah lagi turut ditunjukan tutorial ikatannya di youtube. Tetapi hari ini penampilan Nurul Izzah sedikit berbeza ketika menghadiri sidang Parlimen ke 14. Tiada hijab bawal sebaliknya selendang corak kekotak yang dililit ringkas. Cukup berbeza penampilan dan sudah semestinya mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata follower beliau memuji stail hijab baru yang digayakan Ahli Parlimen Permatang Pauh ini.

Kebanyakan mereka teruja melihat gaya baru ini, tambahan pula tanpa mekap wajah polos Nurul Izzah tetap cantik untuk di pandang.

Macam-macam komen dilemparkan kepada beliau dan ada antaranya mengundang lucu yang menjadi perbualan di alam maya. Apa yang pasti meeka mahu Nurul Izzah kekal menggayakan tudung bawal yang cukup sinonim dengan dirinya.

YB Nurul Izzah nampak lain & cute pakai shawl

@imran_muhd91 YB @n_izzah nampak lain dgn style tudung cmtu 💪 selamat berjuang utk suara rakyat

@nurshuhaila._ Yb pakai shawl nampak cute

@lyd9844 I love this new style of yours YB, keep it 🙂

@handalie73 Cantik gaya tudung baru

Nak kekal tudung bawal. Bawal sudah sinonim dengan Nurul Izzah

@khatyrazali Aaa..tudung tak lawa.Tak sesuai dgn muka.Kami mahu tudung bawal penyet! #bawalpenyet#bawalpenyetizzah

@amriyusof Bawal sinonim with u. Makan masa nak terima Izzah in shawl

@la_rasila new style, but you still look a lot prettier in Bawal..

@xanabexero Bring back the tudung bawal.

Lebih nampak cantik dengan shawl

@salbyahabas Nampak cantik in shawl

@dayangalyn First time tngok yb pakai tdung mcm ni, comelnya btul ba

Ada juga kata muka iras Syed Saddiq

@azwaliza.azmi muka macam ada iras dengan syed saddiq la hehehe

@shamilah_halim macam syed saddiq pakai tudung

 

Tidak kurang yang tawarkan khidmat mahu jadi perunding imej YB

@atc.izam@n_izzah YB..it is good ne.xt time you wear plain tudung instead of too many patterns..if possible,for formal event as well..,you cant go wrong with plain or minimal design/pattern..lemme give u personal consultation,the do and dont 🙂

Ini dapat dilihat apabila beliau muat turun status terbaru beserta tiga gambar yang menyaksikan beliau memberi ciuman kasih kepada ibunya, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika sama-sama berada di Parlimen atas tuntutan tanggung jawab dan amanah.

Dalam kapsyen diberi, Nurul Izzah meluahkan rasa gembiranya melihat ibunya juga berada di Parlimen.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana mereka berdua berada di Parlimen kerana kepercayaan yang diberi rakyat atas dasar demokrasi.

Ada juga netizen yang turut tumpang bangga dengan kejayaan dua anak beranak. Ramai terharu dengan semangat kedua-duanya yang tidak putus-putus berjuang sejak dulu bagi mendapat kedudukan seperti hari ini.

@nuraqilah.mohdnoor Proud of u both!

@haliza81 Sabar itu indah. Proud of u both. Srikandi Malaysia

@arifrdz1598 Congratulations to mum and daughter duo. Now go out there and serve the rakyat well !!

Hijabista ucapkan tahniah dan selamat bekerja demi negara, agama dan bangsa. Apa pun suka melihat gaya baru YB Nurul Izzah yang nampak lebih muda dan segar.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NURUL IZZAH

Sumber : https://www.hijabista.com.my

‘Kenapa BN tak cadangkan calon speaker?’

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mempersoalkan kenapa BN tidak mencadangkan calon speaker mereka sendiri.

Nurul Izzah berkata demikian dalam wawancara Malaysiakini apabila diminta mengulas percanggahan tempoh pencalonan bekas ketua hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Yusof yang dibuat Pakatan Harapan (HARAPAN).

Sumber Mskini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *