Jangan Tanam Pokok Pandan Terlalu Merimbun Di Belakang Rumah Ada BENDA Akan Duduk Situ

ABU, NEGERI SEMBILAN – Seorang guru wanita mengalami trauma apabila jari telunjuk tangan kanannya digigit ular dipercayai ketika mengambil daun pandan di kebun kecil di belakang rumahnya.

Kejadian itu juga menyebabkan Salmiah Marzuki terpaksa ditahan di wad hampir seminggu. Malah, jarinya juga tidak dapat berfungsi seperti biasa.

“41 hari yang lalu, jari saya digigit ular. Oleh disebabkan itu, saya terpaksa menginap di hospital selama 6 hari 6 malam. Akibat dari gigitan ular ini, sehingga sekarang jari saya masih tidak dapat berfungsi seperti biasa.

“Bukan ini cerita yang saya mahu sampaikan, tetapi saya ingin berkongsi nasihat seorang doktor agar jangan menanam pandan di belakang rumah sehingga terlalu merimbun. Memadai saja dengan menanamnya di dalam pasu untuk kegunaan sendiri. Menanam untuk tujuan komersial, lain cerita ya.

Jangan Tanam Pokok Pandan Terlalu Merimbun Di Belakang Rumah Ada ‘BENDA’ Akan Duduk Situ

Pokok pandan yang ditanam di kebun kecil belakang rumah Salmiah | Foto – Salmiah Marzuki

“Menurut doktor yang berkongsikan pengalamannya ketika bertugas di unit orthopedik, banyak gigitan ular berlaku yang melibatkan mangsanya berada di kawasan pokok pandan. Ini termasuklah kes saya. Katanya, ular memang suka bersarang di celah-celah rimbunan pokok pandan. Jadi, berhati-hatilah ya rakan-rakan semua,” katanya.

Kejadian awal November lalu, jari telunjuk Salmiah bengkak disengat kala jengking | Foto – Salmiah Marzuki

Difahamkan, Salmiah pada awal November lalu pernah disengat kala jengking ketika melawat kebun kecilnya itu. Kesannya, jari telunjuk tangan kanan mengalami bengkak dan diberikan ubat antibiotik untuk meredakan bengkaknya.

Siapa yang tidak takut apabila melihat ular. Hal ini kerana ular boleh saja membunuh kerana bisanya yang sangat beracun merbahaya kepada manusia.

Memiliki bentuk tubuh yang anjal membuat reptilia ini mudah untuk memasuki tempat-tempat sempit, bahkan tempat yang tak terfikirkan sekalipun. Namun kemunculannya pasti akan buat semua orang ketakutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *