Tarian Jeng,Jeng Kembali Lagi Menyerang, Kali Ini Versi Penuh Tarian Ini

KUALA LUMPUR: Bakat baharu, Nurul Syuhada Mohamad A’zi tidak terasa hati apabila gaya tarian uniknya ketika mempromosikan persembahan teater lakonannya, Kembang Layarku dipersenda selepas ia tular, baru-baru ini.

Sentiasa mengambil pendekatan positif terhadap isu itu, Syuhada, 25, yang digelar Gadis Jeng Jeng Jeng juga tidak menyangka rakaman itu mendapat lebih sejuta perkongsian, sedangkan persembahan itu sudah dipentaskan bulan lalu.

“Pelik juga mengapa baru sekarang video itu menjadi bualan, sedangkan persembahan teater itu sudah tamat. Biasalah apabila tular, ramai yang memberikan pelbagai pendapat, termasuk komen negatif.

“Saya hanya ambil pendekatan positif dan komen buruk saya tidak baca. Saya tahu ada yang mencemuh dan menganggap persembahan itu mengarut, mungkin tidak faham kerana mereka tidak menonton keseluruhan pementasan,” katanya.

Syuhada bersama dua rakannya, Iellyas Fietrie, Fathi Radzi dan Raihan MJ yang juga anak didik pelakon berkarakter, Fauziah Nawi , baru-baru ini mendapat perhatian apabila aksi persembahan mereka dianggap pelik dan mengarut.

Video yang dikongsi di laman sosial itu turut disunting dengan pelbagai susunan muzik yang lucu, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi.

Namun kata Syuhada, dia tidak perlu berkecil hati dan menganggapnya sebagai ruang untuk memperkenalkan diri sebagai pelakon yang serius.

“Ia adalah teater pertama lakonan saya dan saya mahu terus mencari peluang dalam bidang seni kerana minat yang mendalam.

“Saya harap, isu yang tular ini menjadi ‘salam perkenalan’ untuk saya memulakan langkah sebagai pelakon. Terima kasih kepada Fauziah Nawi yang mengasah bakat saya menerusi produksi terbitan Sanggar Teater Fauziah Nawi atau Stefani,” katanya.

Kami tak pasti apakah tarian yang dipersembahkan oleh sekumpulan anak muda ini namun ternyata ianya sedang trending di  media sosial ketika ini. Menerusi program Selamat Pagi Malaysia, kumpulan anak muda ini melakukan tarian mereka namun menjadi buah mulut orang ramai kerana dikatakan terlalu lain dari yang lain.

Menerusi ruangan komen, ada yang mendakwa persembahan seni ini dibawah kelolaan seniwati Fauziah Nawi. Mereka sebenarnya dijemput untuk mempromosikan teater mereka?

Seni tarian

Persembahan yang berjudul Kembang Layarku itu merupakan salah satu persembahan teater yang mengisahkan pengalaman hidup. Menurut pengarah persembahan itu, tarian itu merupakan kisah masyarakat kita hari ini.

Ini persembahan tak masuk akal

Ini promosi teater

Ini tarian klasik panggil jin

Tarian stefani

Jeng jeng jeng, bila di pentas sebenar.

Posted by Ozi Network Official on Tuesday, September 4, 2018

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *