Kecoh Dewan Parlimen Bila Tuan Speaker Terkejut Dengar Satu Ayat Yang Lebih Teruk Lagi Dari Kepala Bapak

Sebelum ini kecoh dalam dewan Parlimen bila salah seorang ahli parlimen menggunakan ayat kepala bapak.

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel

Ini petikan dari Astro Awani tentang pertama kali Kepala Bapak didengar dalam parlimen.

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menerima amaran akhir daripada Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming kerana menggunakan perkataan kesat ketika berucap di Dewan Rakyat, hari ini.

Situasi itu berlaku apabila Rayer menggunakan perkataan ‘kepala bapak’ ketika berucap di Dewan Rakyat didakwa dituju kepada pimpinan BN kerana gagal membela kebajikan anggota polis.

“IPD Timur Laut merupakan yang terbesar di Pulau Pinang di mana anggota polis menggunakan kipas angin kerana penghawa dingin telah rosak tidak diperbaiki sejak lima tahun lalu kerana tidak ada wang.

Parlimen kecoh kerana 'kepala bapak'

“Tapi isteri Pekan masih boleh mengimport intan dan berlian masuk ke Malaysia tanpa GST, anggota polis yang kawal keselamatan di Malaysia tidak diberi perhatian, kononnya BN membela anggota polis dan tentera ‘kepala bapak mereka,” kata Rayer ketika bangkit mencelah ucapan pergulungan titah Agong oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman.

Kenyataan itu sekali gus menimbulkan ketegangan dan kemarahan pimpinan BN yang berada di dalam dewan. Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan tegas mendesak perkataan ‘kepala bapak’ itu ditarik balik.

“YB Jelutong ada di dewan ini sudah tiga minggu tapi saya perhati beliau kerap guna perkataan kadang-kadang kurang ajar dan biadap.

“Saya minta beliau tarik balik perkataan kepala bapak, soal nak bela anggota polis itu tidak ada masalah tapi jangan guna perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain, berhujah guna fakta,” katanya.

Lagi teruk dari Kepala Bapak

Dalam dewan Parlimen hari ini apabila ketika RSN Rayer mengeluarkan lagi ayat Kepala Bapak Kamu ketika sedang membentangkan hujah kedengaran satu ayat makian yang lebih teruk. Ini menyebabkan Speaker Dewan Parlimen menegur dan mencari siapa yang mengucapkan ayat kesat tersebut kerana ia memalukan Dewan.

Video Penuh Di Bawah

SUMBER : KINI TV via Buletin Netizen

Posted in: Dalam Negeri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *