Inilah Manusia Durjana Yang Kantoi Memasukkan Kucing Ke Dalam Mesin Pengering, Fuhh Kejam Sungguh Manusia

DUA lelaki layak digelar individu paling kejam apabila tergamak membunuh kucing betina terbiar yang sedang bunting dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering di kedai dobi di Taman Gombak Ria, Gombak, semalam.

Kejadian 12.30 tengah malam itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kedai dobi berkenaan dan turut dikongsi oleh Persatuan Haiwan Malaysia.

Menerusi rakaman dua minit 50 saat itu, kelihatan dua lelaki yang juga pelanggan dobi berkenaan memasukkan kucing tersebut ke dalam mesin pengering.

Dua lelaki itu kemudian berlalu pergi sambil membawa baju yang sudah dibasuh namun kemudian datang semula beberapa saat kemudian sambil memasukkan duit syiling ke dalam mesin pengering berkenaan.

Kedua-duanya meninggalkan kedai dobi itu sebaik menekan butang ‘mula’ pada mesin pengering yang mengandungi kucing betina berkenaan sebelum bangkainya ditemui seorang pelanggan dalam keadaan berlumuran darah.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan dua lelaki itu dan sudah membuat laporan polis mengenai perbuatan zalim berkenaan.

Katanya, bangkai kucing betina itu ditemui oleh pelanggan pada 10.30 pagi, hari yang sama ketika ingin menggunakan mesin pengering berkenaan sebelum melaporkannya kepada pengurusan kedai dobi terbabit.

“Hasil penelitian CCTV mendapati memang terdapat tiga lelaki datang ke kedai dobi berkenaan untuk membasuh baju mereka.

“Namun, dua daripadanya tiga lelaki itu kemudian bertindak memasukan kucing betina yang sedang bunting ke dalam mesin penegring dan membiarkannya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Arie berkata, pihak pengurusan dobi berkenaan kemudian menghubungi Persatuan Haiwan Malaysia bagi mendapatkan pandangan serta nasihat sebelum pihaknya mengambil keputusan membuat laporan polis pada jam 11 malam semalam berdasarkan bukti rakaman CCTV yang diperoleh.

Katanya, pihaknya turut melaporkan kejadian itu kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Veterinar Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

“Berdasarkan maklumat diperoleh, dua lelaki berkenaan adalah rakyat tempatan dan dipercayai tinggal berdekatan berikutan kerap membasuh baju di situ.

“Perbuatan dua lelaki itu memang cukup zalim dan berharap agar pelaku dijatuhi hukuman setimpal mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Sumber kicappedas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *