Ini Tindakan Tun Mahathir Terhadap Korea Buat Kim Jong Un KAGUM

Sejak abang Kim Jong Un dibunuh di KLIA, hubungan Malaysia dengan Korea Utara suram. Bila ditanya wartawan, ini tindakan yang bakal Tun Mahathir buat Kim Jong Un gembira. Jom baca.

BUKA KEMBALI KEDUTAAN MALAYSIA DI PYONGYANG

Malaysia memutuskan membuka semula kedutaannya di Pyongyang, Korea Utara sebagai satu cara menyambung semula hubungannya dengan republik itu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata demikian apabila ditanya mengenai status kedutaan dan misi Malaysia di negara itu yang masih tergantung serta disifatkan sebagai membuang masa.

“Ya, kita akan membuka semula kedutaan itu (Pyongyang),” katanya kepada agensi penerbitan terbesar Jepun, Nikkei Asian Review ketika Persidangan Luar Masa Depan Asia 2018 di Tokyo, semalam.

Kedutaan Malaysia di Korea Utara menamatkan perkhidmatannya sejak April 2017 susulan kontroversi pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Susulan itu, Malaysia mempertimbangkan menutup kedutaannya di Pyongyang secara kekal dan memindahkan kedutaan ke Beijing.

Sementara itu, pada Sidang Kemuncak Amerika Syarikat-Korea Utara hari ini, Dr Mahathir berkata Malaysia tidak boleh ragu-ragu atas keikhlasan Korea Utara dalam rundingannya dengan Barat kerana syak wasangka akan menghalang kerjasama itu.

“Kita patut ‘jaga air muka’ Korea Utara dan pastikan mereka mengambil bahagian dalam rundingan antarabangsa untuk mengamalkan pendirian bersederhana, seperti dasar diamalkan sebelum ini.

“Kita sepatutnya menelitinya sebagai satu tindakan tepat dan cuba mewujudkan hubungan yang baik termasuk hubungan perdagangan dengan Korea Utara,” katanya.

Presiden AS, Donald Trump dan Jong-un bersalaman dan tersenyum ketika memulakan satu hubungan bersejarah pada pertemuan di Singapura hari ini, hanya beberapa bulan selepas mereka berbalas pengjinaan dan ancaman perang nuklear.

Dr Mahathir menegaskan Korea Utara mempunyai hak untuk mempunyai beberapa kepentingannya seperti AS.

“Sekiranya Korea Utara berjanji untuk meninggalkan senjata nuklear, maka tidak akan ada ketegangan. Pyongyang tidak akan membazirkan wang untuk meningkatkan kuasa ketenteraan kerana ‘ketakutan’ kepada AS dan Korea Selatan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pandangannya mengenai Trump, Dr Mahathir mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Trump sukar difahami kerana sikapnya yang kerap berubah-ubah.

“Kita benar-benar tidak boleh membuat sebarang penilaian terhadap dasar Trump kerana dia boleh mengubah fikirannya,” katanya. (Sumber: Berita Harian)

SPRM – KAMI AMBIL KETERANGAN NAJIB

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan ia pernah mengambil keterangan Datuk Seri Najib Razak berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Disember 2015.

Ia sekali gus menafikan kenyataan bekas Perdana Menteri itu semalam yang mendakwa SPRM tidak pernah mendapatkan keterangannya dan tidak pernah membuat kertas pertuduhan terhadapnya.

Keterangan itu diambil oleh beberapa pegawai yang menemui Najib di pejabat Perdana Menteri pada tarikh berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika mengulas perkara itu berkata, SPRM telah memulakan siasatan sejak kes itu diketahui pihaknya.

“Sekitar Disember 2015, kami sudah bertemu Najib di pejabatnya dan mengambil keterangannya selama tiga jam, SPRM juga telah merekod keterangan beliau pada ketika itu,” katanya kepada BH, hari ini.

Ditanya mengapa Najib mendakwa keterangannya tidak diambil dalam kes itu, Azam enggan mengulas namun berkata itu adalah hak bekas Perdana Menteri itu berkata demikian.

SPRM juga pernah mengeluarkan kenyataan media bertarikh 5 Disember 2015 bertajuk ‘Perkembangan Siasatan Kes SRC International dan Dana RM2.6 bilion’ memaklumkan kepada umum berkaitan siasatan berkenaan.

Siaran akhbar tiga perenggan itu mengesahkan SPRM pernah merekod kenyataan Najib (ketika itu Perdana Menteri) pada tarikh terbabit dalam pertemuan selama dua jam setengah.

Kenyataan itu juga menyebut Najib memberi kerjasama baik dalam pertemuan itu dan kenyataan itu turut menyebut, SPRM akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.

Pada Januari 2016, bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, kemudian mengeluarkan kenyataan iaitu dana yang diterima Najib adalah derma peribadi daripada satu keluarga diraja Arab dan bekas Perdana Menteri itu tidak terbabit dalam sebarang salah laku rasuah.

Semalam Najib dalam kenyataan berkata beliau tidak pernah menerima sebarang faedah atau mencuri wang 1MDB atau dari mana-mana pihak malah mendakwa SPRM tidak pernah mengambil apa-apa kenyataan beliau pada 2015 seperti didakwa ada kertas pertuduhan yang viral.

Beliau juga yakin mahkamah akan membuktikan beliau tidak bersalah dan akan terlepas jika didakwa atas alasan politik. (Sumber: Beritaharian)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *