CARA BAIKI SENDIRI KIPAS SILING YANG SLOW, KOS CUMA HANYA RM2 JE

Pernah tak jadi pada anda? Anda dah bersihkan semua habuk, dah cuci bersih-bersih tapi bila on je kipas, kipas tetap slow. Nak tukar baru, harga mesti mahal. Nak repair sendiri, bukannya anda tahu.

Kalau tahu cara yang betul, sebenarnya tak susah mana pun nak repair sendiri. Kami berbesar hati kerana Encik Md Helmee Abu sudi kongsi cara baiki kipas yang telah dipraktikkan olehnya sendiri.

Memang mudah, jimat dan berkesan. Jom tengok cara-caranya.

 

Cara Baiki Kipas Siling Yang Slow

ASSALMUALAIKUM, sekiranya anda menggunakan kipas silling KDK/Panasonic 5 Blade, dan kipas anda tidak bergerak atau bergerak terlalu perlahan. Anda boleh cuba cara ini, saya telah cuba dan berkesan.

 

1. Perhatikan bahagian bawah kipas tersebut, ada 2 bahagian, ring dan cover sensor.

Kredit Foto: Md Helmee Abu

 

2. Tanggalkan ring pada kipas tersebut dengan memusing ke arah “open” dan tanggalkan.

Kredit Foto: Md Helmee Abu

 

3. Buka bahagian sensor, ada 3 skru, buka guna Phillips screwdriver.

Kredit Foto: Md Helmee Abu

 

4. Tanggalkan 2 wayar socket.

Kredit Foto: Md Helmee Abu

5. Tanggalkan board kipas dengan menolak clip pada board.

Kredit Foto: Md Helmee Abu

 

6. Alat yang diperlukan, soldering iron, solder wire dan capasitor.

Kredit Foto: Md Helmee Abu

 

7. Desolder capasitor lama, iaitu bahagian bawah board.

Kredit Foto: Md Helmee Abu

 

8. Tanggalkan capasitor lama.

Kredit Foto: Md Helmee Abu

 

9. Masukkan capasitor baru.

Kredit Foto: Md Helmee Abu

 

10. Solder semula kaki kapasitor baru dan patahkan kaki yang berlebihan bila selesai.

Kredit Foto: Md Helmee Abu

 

11. Board yang telah siap diganti capasitor.

Kredit Foto: Md Helmee Abu

 

12. Pasang semula board pada kipas.

Kredit Foto: Md Helmee Abu

 

13. Switch on kipas dan semoga Berjaya.

Kredit Foto: Md Helmee Abu

VIDEO PENUH :

Nota Tambahan

Jangan lupa ikat semula skru cover sensor.
Capasitor boleh dibeli di kedai letrik atau Jalan Pudu pada yang tinggal di KL, hanya RM2.00 sebiji.

KREDIT; CORETANMEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *