KRONOLOGI PENUH: Kes remaja maut terkena renjatan akibat pakai earphone sambil charge handphone

Semalam, seorang remaja lelaki berumur 16 tahun telah meninggal dunia ketika sedang tidur akibat terkena renjatan elektrik.

Remaja bernama Mohd Aidi Azzhar Zahrin, amut kerana terkena renjatan elektrik akibat daripada telefon bimbit yang sedang dicas di rumahnya di Kampung Gaing Baru Pedas di sini, semalam.

Aidi disedari meninggal dunia oleh ibunya sekitar jam 12.45 tengah hari selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam berkata, ibu mangsa yang telah pulang ke rumah untuk makan tengah hari bersama anaknya berasa tidak sedap hati apabila mendapati mangsa tidak bangun sejak dari pagi.

Ini kenyataan pihak polis:

“Sebelum keluar jam 7.45 pagi untuk pergi kerja, wanita berkenaan yang berusia 51 tahun melihat mangsa dalam keadaan tertiarap di lantai bilik tidur dan menyangkanya masih tidur.

“Tapi, apabila pulang ke rumah untuk makan tengahari, mangsa dilihat masih berada dalam posisi sama”

Menurutnya, wanita itu cuba mengejutkan mangsa, tetapi tidak menunjukkan sebarang tindak balas selain mendapati badannya sejuk. Kemudiannya pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan lanjut mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Pemeriksaan pada fizikal mangsa tiada kesan lebam atau luka kecederaan melainkan di telinga sebelah kirinya ada kesan darah. Ketika itu mangsa sedang memakai ‘earphone’ dan telefon bimbitnya yang berada bersebelahan telinganya sedang dicas”.

Anuar Bakri berkata, abang mangsa yang cuba mematikan suis turut mendapati terdapat kesan renjatan elektrik pada wayar itu.

Katanya, laporan bedah siasat terhadap mangsa di Hospital Tuanku Jaafar Seremban hari ini mengesahkan mangsa meninggal akibat renjatan elektrik.

Takziah diucapkan buat keluarga arwah Aidi. Diharap tragedi ini dijadikan ihktibar buat semua. Ketika phone sedang dicharge, diharap janganlah menggunakannya.

Sama-sama kita doakan buat arwah, Al Fatihah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *