Akibat Bengang Dengan Penguatkuasa, Lelaki Ini Bertindak Mengejut Apabila Tayar Keretanya Dikunci

Kes kunci tayar sememangnya seringkali viral di laman sosial berikutan dengan kes tersebut kerap kali berlaku dan ramai yang tidak puas hati sekiranya kereta mereka dikunci tayar . Namun kadang kadang penguatkuasa juga boleh dianggap seolah olah tidak bertimbangrasa dengan sesetengah pemilik kereta yang menyebabkan sesetengah pemilik kereta mula mengamuk dan dirakamkan sehingga dipanjangkan ke media sosial.

Sebuah video viral apabila seorang lelaki yang menaiki kereta mewah berang apabila kereta beliau dikunci oleh penguatkuasa. Kereta beliau dikunci kerana beliau meletakkan kenderaan di luar kawasan parking yang mungkin menjadi penyebab utama kereta beliau dikunci oleh penguatkuasa di tempat kejadian tersebut berlaku.

Lelaki tersebut kemudiannya mengamuk dan cuba memecahkan kunci tayar kenderaan tersebut sambil dirakamkan oleh beberapa orang individu yang melihat kejadian tersebut . Setelah beberapa ketika mencuba akhirnya kunci tayar kenderaan tersebut berjaya dileraikan dan lelaki tersebut telah melempar besi kunci tayar kenderaan tersebut sebelum beredar dari tempat kejadian dalam keadaan yang marah.

Sekiranya dilihat dari segi zahir, jelas menunjukkan bahawa lelaki tersebut berada dalam tempat yang salah namun sebahagian dari netizen berpendapat bahawa lelaki tersebut mungkin mempunyai hal yang amat penting yang menyebabkan beliau bertindak demikian . Netizen juga meluahkan bahawa kebanyakan penguatkuasa yang mengunci tayar kebanyakannya tidak bertimbangrasa dan mereka sering salah guna kuasa sehinggakan mereka kadang kadang mengunci tayar kenderaan walaupun pemilik berada dalam kereta.

Video Penuh


Sumber AlertvMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *