Ini Memang Lucu Azhan Rani Buka Kasut Sekali Kaki Yang Tercabut

Menurut pelakon drama Nur yang disiarkan di TV3 ini, dia berjaya menawan puncak Kinabalu pada 2015 dan kali kedua, 2016.

Namun begitu, ujarnya dia terlebih dahulu mendaki Bukit Broga di Semenyih, Selangor diikuti Gunung Rinjani di Lombok, Indonesia pada 2014.

“Lagipun, ekspedisi baru-baru ini adalah cubaan menawan Kinabalu mengikut jalan lereng gunung.

“Sayangnya, disebabkan angin kencang berserta hujan maka ekspedisi kumpulan saya terkandas di Laban Rata.

“Kami tidak dapat mendaki ke puncak dan sedikit kecewa. Bagaimanapun, kami akur keselamatan lebih utama.

“Jadi, ekspedisi baru untuk kumpulan 5 Generation menawan semula Kinabalu dijangka dibuat pada April tahun depan,” katanya.

Menurut Azhan, jika dia tiada masa untuk mendaki, masa rehatnya di habiskan dengan berkebun.

Selesa tak dianggap selebriti

“Sebenarnya, saya banyak habiskan masa membersih kebun peninggalan arwah bapa di Kuala Kubu Bharu.

“Kawasan kebun itu berbukit dan suasananya sangat mendamaikan jiwa. Saya selalu sendirian di situ,” katanya.

Lebih sedekad menceburi bidang lakonan, Azhan mengakui 2017 adalah tahun paling bermakna buatnya.

Ujarnya, dia gembira apabila banyak mendapat peluang melakonkan watak mencabar.

Diminta mengulas pembabitan dengan kumpulan pendaki yang tiada kaitan dengan golongan selebriti, Azhan berkata dia lebih selesa.

“Saya suka menyertai ekspedisi mendaki dengan kumpulan yang terdiri daripada pekerja bidang lain.

“Saya rasa lebih selesa dan banyak ilmu dapat dikongsi bersama.

“Secara tidak langsung, saya dapat belajar banyak perkara dengan mereka yang tidak lokek ilmu,” katanya.
Mengulas perkembangan terkini kariernya, Azhan muncul dengan drama bersiri KL Gangster Underworld yang ditayangkan secara percuma di saluran video on demand (VOD) iflixfree.

Selain itu, Azhan juga sibuk di lokasi penggambaran drama Sembil9n terbitan usaha sama produksi Malaysia dan Indonesia.

Drama 10 episod arahan Razaisyam itu membariskan pelakon Malaysia lain seperti Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Zaidi Omar, Sara Ali dan Azman Abu Hassan.

Manakala pelakon dari Indonesia pula Roy Marten, Atiqah Hasiholan, Endith Bubi dan Haydar Salishz.

Untuk filem pula Azhan membintangi Bikin Filem arahan Mohd Latiff Zami.

Ini Memang Lucu Azhan Rani Buka Kasut Sekali Kaki Yang Tercabut

Ini Memang Lucu Azhan Rani Buka Kasut Sekali Kaki Yang Tercabut

Posted by Hiburan Media Terkini on Tuesday, September 4, 2018

Teks Hmetro Video IG Azhan Rani

Sharifah Sakinah lelong barang jenama untuk adik Balqis

ARTIST

Sharifah Sakinah lelong barang jenama untuk adik Balqis

UMUM semua sedia tahu pelakon cilik Puteri Balqis sedang bertarung dengan penyakit kanser yang dihidapinya. Malah kos rawatan juga tentunya mahal.

Sebagai usaha meringankan beban, pelakon Sharifah Sakinah tampil membuat lelongan barangan berjenama demi adik Aqish, semalam.

“Hi netizens! Datanglah! Ralph Lauren 100, Adidas 100, LV 1000. Semuanya untuk my baby @rockingbalqis mwah!

“As you all may know Puteri Balqis is currently battling for cancer. You can do your part in helping by supporting our event today at Rasta TTDI.

“Come and join me there from 5pm onwards and give support by buying our preloved stuffs for charity.

“Stay strong Puteri Balqis, we love you,” coretnya.

Sumpah kali ni aku tak menganjing. Lv golek 1000 . @streetwearbustamy._

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Terdahulu Aqish dikhabarkan keadaannya masih lemah.

Norashikin berkongsi sepotong video di Instagram (IG) yang menunjukkan anaknya yang kelihatan lemah.

“It’s already 3am.. haven’t slept for 2days.Puteri is still not in a very good condition,” tulisnya

Balqis sebelum ini difahamkan jatuh sakit kerana menghidap barah.

Sumber: Sinar Harian dan IG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *