Mat Sabu Sound Tepat Kepada Najib Razak Jangan Jadi B*doh Sangat

DS Najib pada suatu acara kempen untuk Barisan Nasional di Sungai Kandis telah mempersoalkan kredibiliti Mohamad Sabu yang lebih mesra dipanggil Mat Sabu di samping memanggilnya ‘kartun’.

“Menteri Pertahanan pun kartun. Pakai beret pun macam kartun. Naik kapal perang cakap tentang kari ikan.

“Anda adalah Menteri Pertahanan. Bercakap tentang dasar pertahanan negara, bukan tentang kari ikan. Ini bukan bahan Menteri Pertahanan. Ini joker,” katanya.

Mat Sabu bagaimanapun membalas kenyataan bekas Perdana Menteri itu dengan sindiran ketika berkempen di Sungai Kandis bahawa dia mengajar memasak apabila melawat para kenamaan

“Saya bertemu dengan Setiausaha Pertahanan AS. Saya berbincang dengannya mengenai cara memasak sambal belacan,” kata Presiden Parti AMANAH itu.

Sindirannya itu bersambung apabila beliau berkata bahawa beliau telah membincangkan berkenaan kari kepala ikan dengan Menteri Luar Australia, Julie Bishop di Parlimen.

SINDIRAN MAT SABU TEPAT KEPADA NAJIB RAZAK

“Hoi Najib, apalah hang ini b*doh sangat,” kata Mat Sabu ketika menyampaikan hujahnya sempena pilihan raya kecil Sungai Kandis malam tadi.

“Dia kata [saya hanya] tahu masak, macam mana hendak jadi menteri pertahanan?

“Saya tahu masak ka, tidak pandai memerintah ka, yang penting, saya tidak akan curi duit rakyat.”

DS Najib sebelum ini telah menyatakan bahawa Mat Sabu tidak layak memegang jawatan Menteri Pertahanan kerana asyik berbicara tentang isu makanan

Mat Sabu merupakan antara kumpulan menteri kanan pertama yang dinamakan oleh Perdana Menteri kini, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas kemenangan Pakatan Harapan pada bulan Mei lalu.

Beliau telah melanjutkan pengajian di Pulau Pinang sebelum menyambung pelajaran jurusan pemakanan di UiTM.

Lihat video Mat Sabu sindir DS Najib di bawah:

SUMBER : SAYS , Via Buletin Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *