Najib Mungkin Berdepan Hukuman Penjara Seumur Hidup

Hari ini, sekali lagi bekas Perdana Menteri hadir di kompleks mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur sekitar jam 8.50 pagi.

Sumber: MMO

Menurut Malaysiakini, Datuk Seri Najib Razak berdepan dengan 3 pertuduhan melibatkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). 

Sumber: WOB
Sumber: WOB

Najib telah didakwa di bawah Seksyen 4(1) kerana beliau telah dituduh menerima wang jutaan ringgit daripada aktiviti haram dalam dua situasi yang berbeza seperti di bawah:

Hari ini, sekali lagi bekas Perdana Menteri hadir di kompleks mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur sekitar jam 8.50 pagi.

Sumber: MMO

Menurut Malaysiakini, Datuk Seri Najib Razak berdepan dengan 3 pertuduhan melibatkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). 

Sumber: WOB
Sumber: WOB

Najib telah didakwa di bawah Seksyen 4(1) kerana beliau telah dituduh menerima wang jutaan ringgit daripada aktiviti haram dalam dua situasi yang berbeza seperti di bawah:

  • RM27 juta pada 26 Disember 2014 
  • RM5 juta pada 26 Disember 2014 
  • RM10 juta pada 10 Februari 2015

Kalau Najib disabitkan kesalahan kerana menerima wang tersebut, beliau mungkin boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun untuk SETIAP dakwaan atau denda tak kurang lima kali ganda atau jumlah nilai hasil daripada aktiviti haram. 

Sumber: MMO

Terdahulu Najib telah didakwa atas tiga tuduhan jenayah membabitkan pecah amanah dan satu salah guna kuasa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Jadi maknanya kini bekas PM tersebut berdepan dengan 8 pertuduhan di bawah tiga akta – iaitu pecah amanah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram. Phew banyak tu! 

Semoga Najib bertabahlah menghadapi kesemua pertuduhan tersebut. Kalau dicongak-congak jumlah hukuman penjara, ex PM kita ni kemungkinan dikenakan hukuman penjara seumur hidup ni! 

Lokman Adam dan Ellie Suriaty Dihalang Masuk Mahkamah

Semalam sekali lagi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dimaklumkan mengenai pertuduhan hari ini.

Menurut MalaysiakiniNajib kini sudah pun tiba di kompleks mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur dan dijangka berdepan sekurang-kurangnya tiga tuduhan baru melibatkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Sumber: Malaysiakini

Ketibaan Najib di mahkamah disambut dengan penyokong-penyokong kuatnya. Namun, difahamkan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam bersama kira-kira 20 penyokong Najib termasuk pelakon dan pengarah Ellie Suriaty dilarang memasuki kompleks mahkamah oleh anggota keselamatan.

Bercakap dengan pihak media, Lokman mengatakan bahawa apa yang berlaku hari ni menunjukkan satu lagi sikap diktator pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber: Malaysiakini

“Mereka bertindak dengan sesuatu yang tak boleh diterima akal iaitu menghalang orang awam memasuki kompleks mahkamah.

“Bukannya nak masuk kamar mahkamah, tapi nak masuk kawasan mahkamah saja.”

Bukan itu je, Lokman juga mengatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sangat terdesak untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka benar-benar serius mendakwa Najib di mahkamah.

Sementara itu, dilaporkan Najib kelihatan tenang tiba di mahkamah ditemani dua orang anaknya, Nooryana Najwa dan Norashman.

Sumber Lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *