Kenapa Najib Razak Tidak Ditahan Untuk 3 Pertuduhan Terbaru. Ini Sebabnya

MAHKAMAH Tinggi hari ini, tetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan perintah larangan bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah bahawa pihaknya sudah mengemukakan permohonan bertulis semalam.

Menurutnya, kedua-dua pihak perlu meneliti dokumen dan sedia untuk berhujah berhubung perkara itu Jumaat ini.

Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan memaklumkan tarikh perbicaraan akan ditetapkan selepas itu.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi membenarkan perintah larangan sementara yang dikemukakan oleh Najib menerusi Muhammad Shafee.

Terdahulu, mahkamah dalam keputusannya membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk tiga pertuduhan baru dibacakan hari ini dibicarakan bersama dengan pertuduhan sebelum ini.

Guna Semula Guna Pakai Wang Ikat Jamin RM1 Juta Sebelum Ini

Mahkamah juga membenarkan Najib mengguna pakai ikat jamin RM1 juta kes sebelum ini.

Pada prosiding hari ini di Mahkamah Tinggi berlainan, Najib Razak mengaku tidak bersalah menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM42 juta ke dalam akaun miliknya.

Tuduhan Yang Diterima

Najib didakwa menerima wang itu mengikut Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) ke dalam akaun miliknya di AmIslamic Bank

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Am Islamic Bank, Bangunan AmBank Group, No 55 Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, antara 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015.

Bagi ketiga-tiga perbuatan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 4 Julai lalu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Bagi pertuduhan itu, beliau dikenakan ikat jamin RM1 juta. SUMBER : HMETRO ONLINE

Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas tiga pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM42 juta ke dalam akaun miliknya. Beliau mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

SUMBER : HMETRO YOUTUBE, via bulrtin netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *