Gadis cantik Ini Buat Selamba Cop Parking Walaupun Ada Kereta Yang Cuba Masuk PARKING

Sebelum ini telah beberapa kali viral tentang kes cop parking dan adalah ianya dibolehkan atau sebaliknya . Menurut beberapa sumber, Cop parking atau berdiri diatas tempat parking menandakan tempat parking dengan orang adalah salah dan tidak bertanggungjawab.

Ianya sememangnya tidak boleh dilakukan dan ianya menjadi kesalahan yang besar yang boleh didenda sehingga RM2000 ringgit.

Namun begitu viral sekali lagi seorang gadis telah melakukan kejadian yang sama apabila gadis tersebut telah berdiri ditempat parking sebelum datangnya kenderaan yang beliau naiki untuk parking di petak parking tempat gadis tersebut berdiri .

Meskipun telah ada kereta yang cuba masuk kepetak parking tersebut , gadis tersebut hanya berdiri disitu menghalang kenderaan tersebut yang terlebih dahulu tiba di petak parking tersebut

Meskipun kes tersebut beberapa kali sudahpun viral namun masih ada yang menggunakan cara yang sama tanpa rasa malu dan mementingkan diri sendiri sehingga ianya menjadi viral di laman sosial apabila dirakamkan oleh netizen yang benar benar berhadapan dengan situasi cop parking tersebut .

Astro Gempak juga turut mengeluarkan sebuah video peringatan untuk perkara tersebut dan disambut baik oleh netizen.

Netizen mengutuk keras gadis tersebut yang kelihatan agak angkuh dan tidak mengaku kalah selain mementingkan diri sendiri. Kejadian ini tidak sepatutnya berlaku kerana ianya telah beberapa kali viral dan ianya sememangnya sesuatu yang agak jelas mementingkan diri sendiri.

Video Penuh:

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *