Para Wanita Mesti Suka Dengan Berita Ini

VIDEO SEKADAR HIASAN

Hampir 3 bulan rakyat Malaysia sudah mengucapkan selamat tinggal kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai GST. Bermaksud hampir 3 bulan juga cukai barangan ‘bercuti’ selepas pengambilalihan kerajaan Malaysia Bar Pakatan Harapan. Kini, Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau SST akan diperkenalkan semula bermula 1 September 2018 ini.

Sudahkah anda menyemak barang keperluan yang akan berubah harga selepas pelaksaan SST ini? Untuk makluman, tidak semua barangan akan dikenakan SST. Tidak semua juga barangan akan mengalami peningkatan harga selepas pelaksaan SST ini

Kami tertarik dengan kesan peningkatan harga yang bagi produk tembakau di Malaysia. Semoga selepas ini makin berkuranganlah isu merokok di tempat awam.

JT International Bhd. (JTI Malaysia) hari ini mengumumkan harga rokok bagi semua jenama yang diedarkannya di Malaysia akan meningkat susulan penguatkuasaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September depan.

“Pengenalan cukai jualan pada 10 peratus bagi produk tembakau di Malaysia akan bermakna peningkatan bagi semua jenama rokok kami dengan mengambil kira perbezaan kadar kenaikan daripada kadar GST yang dilevikan ke atas rokok,” kata Pengarah Urusan JTI Malaysia, Cormac O’Rourke.

Beliau berkata, harga rokok tidak disemak semula selepas GST berkadar sifar pada Jun lepas susulan arahan daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan.

O’Rourke berkata, syarikat itu kecewa kerajaan tidak kembali semula kepada cukai jualan lima peratus yang dikenakan daripada sebelum pengenalan GST dan menambah peningkatan harga ini akan memberi kesan negatif dalam merapatkan jurang harga antara rokok yang dijual secara sah dan haram.

“Kami percaya ini akan memburukkan lagi situasi penjualan rokok haram yang telahpun berada pada tahap kritikal 58 peratus dan akan menyebabkan lebih ramai pengguna beralih kepada rokok haram yang lebih murah. Oleh sebab itu, kami menggesa kerajaan meningkatkan usaha penguatkuasaan dalam menangani situasi penjualan rokok haram,”-sumber Kosmo.

Kami menjangkakan isu rokok ini tidak terhenti setakat ini. Walaupun harga dinaikkan, usaha untuk menyekat penyeludupan masuk rokok haram juga perlu diperhebatkan lagi.

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *