Sanggup Tinggal Ibu Luar Dewan Konvokesyen, Semata-mata Nak Bagi Tempat Duduk Untuk ‘pakwe’

Nilai kasih sayang seorang ibu tak dapat nak di balas walaupun dengan wang ringgit. Apatah lagi keringat seorang ayah siang dan malam bergadai nyawa hanya untuk memberi makan anak-anak.

Saban hari, ramai warga tua yang ditempatkan di rumah orang-orang tua selepas ditinggalkan anak-anak. Tak tahu dimana silapnya?

Orang luar disanjung-sanjung, tapi ibu bapa sendiri? Dibiarkan seorang diri.

Sama seperti apa yang dikongsi seorang pengguna media sosial ini yang menceritakan pengalamannya bertemu dengan warga tua yang ditinggalkan anak sendiri ketika hari konvokesyen mereka kerana lebih memilih pasangan untuk menemani di dalam dewan.

Menurutnya, ibu kepada pelajar itu dibiarkan menunggu di luar dewan kerana satu lagi tempat diberikan kepada ‘pakwe’ anaknya.

Sedihnya. Berbaktilah pada ibubapa selagi ada masa, kerana satu hari nanti, masa kita akan tiba juga. Mahukah kita sendiri ditinggalkan di luar dewan dan membiarkan anak sendiri memilih pasangan untuk menemaninya di dalam dewan?

Sumber: Viral oh viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *