Sempoi je Dato’ Siti Nurhaliza nyanyi di kenduri

Selepas bersalin pada 19 Mac 2018 bersamaan 1 Rejab, Siti Nurhaliza tidak terus mengumumkan nama anaknya. Beliau menunggu sehingga 7 hari untuk memilih nama puteri kesayangannya.

Jadi, pada malam hari Ahad, Tokti serta keluarganya mengadakan majlis Aqiqah, Tahnik dan Maulid Nabi dan mengambil kesempatan tersebut untuk berkongsi dengan peminatnya nama sebenar si kecil.

Siti Aafiyah Binti Khalid, itulah nama yang diberi. Cukup ringkas dan indah. Yang menariknya lagi, Siti Nurhaliza turut berkongsi rahsia di sebalik pemilihan nama tersebut

Rahsia di sebalik nama anak Siti Nurhaliza. Dalam satu video yang dikongsikan di IG, Tokti menjelaskan yang nama anaknya, Siti Aafiyah, diambil daripada satu doa yang diajar oleh Rasulullah.

Dalam satu doa yang cukup padat dan mempunyai makna yang mendalam, Tokti telah mendapat inspirasi untuk menamakan anaknya, Aafiyah.

Doa yang menjadi ilham Tokti dan suami adalah seperti berikut, dan rasanya kita sebagai ibu ayah juga turut boleh mengamalkan doa ini:

“Allahumma inni as aluka al-‘aafiyah” Doa ini membawa maksud:

“Ya Allah, aku memohon (darimu) al-‘aafiyah”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *