TERKINI: Senarai Lengkap 13 Menteri, 23 Timbalan Menteri Kabinet Malaysia

Teka-teki senarai penuh Kabinet Malaysia di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohammad akhirnya terjawab selepas hampir dua bulan Pakatan Harapan memenangi PRU14. Hari ini, berlangsungnya Istiadat Pengurniaan Surat Cara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara.

Menerusi siaran langsung sebentar tadi, 13 menteri dan 23 timbalan menteri sudah mengangkat sumpah dan ini list penuh menteri-menteri yang bakal mengemudi kabinet kerajaan Malaysia yang baru.

 

Menteri Kabinet: 

Menteri Belia dan Sukan: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Menteri Pembangunan Usahawan: Mohd Redzuan Md Yusof

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli: Dr. Xavier Jayakumar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Datuk Saifuddin Nasution

Menteri Kerja Raya: Baru Bian

Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Abdullah

Sumber: Twitter

Menteri Industri Utama: Teresa Kok Suh Sim

Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar: Yeo Bee Yin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama): Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa

Menteri Wilayah: Khalid Abd. Samad

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang): Datuk Liew Vui Keong

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Ignatius Darell Leiking

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Mohamaddin Ketapi

Sumber: Malaysiakini

 

Senarai Timbalan Menteri:

Timbalan Menteri Wilayah: Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial): Dr. Md. Farid Md. Rafik

Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Amiruddin Hamzah

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia: Eddin Syazlee Shith

Timbalan Menteri Industri Utama: Shamsul Iskandar Md. Akin

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Sim Tze Tzin

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar: R. Sivarasa

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama): Fuziah Salleh

Timbalan Menteri Kesihatan: Dr. Lee Boon Chye

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Muhammad Bakhtiar Wan Chik

Sumber: Twitter

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Chong Chieng Jen

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli: Tengku Zulpuri Shah Raja Puji

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Hannah Yeoh Tseow Suan

Timbalan Menteri Pendidikan: Teo Nie Ching

Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Steven Sim Chee Keong

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Dr. Ong Kia Ming

Timbalan Menteri Sumber Manusia: Datuk Mahfuz Omar

Timbalan Menteri Kerja Raya: Mohd. Anuar Mohd. Tahir

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan: Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang): Mohamed Hanipa Maidin

Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk Kamarudin Jaffar

Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Mohd. Azis Jamman

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar:Isnaraissah Munirah Majilis

Sumber: Malaysiakini

Tahniah kepada menteri dan timbalan menteri yang dilantik dan semoga dapat menjalankan tugas dalam mentadbir kerajaan dengan baik! #MalaysiaBaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *