TERKINI: Ibu Penyamun Serah Anak Kepada Polis

Baru saja kami post pasal keluhan hati ibu penyamun kedai dobi semalam, kini ada update terbaru dari kes tersebut.

Menurut Utusan Online, ibu kepada salah seorang suspek yang berusia 21 tahun telah menyerahkan anaknya kepada polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Muda pada jam 1.30 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, pihak polis kini sedang buru seorang lagi suspek yang terlibat dalam kes tersebut.

Lelaki yang diserahkan oleh ibunya kepada polis tu jugak akan direman esok, kata Mior.

Menerusi laporan Sinar Harian, selain suspek, isterinya yang berusia 30-an jugak diserahkan ibu suspek ke balai polis. Kedua-dua pasangan suami isteri tu dilaporkan tinggal kat Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Tambah Mior, isteri suspek jugak mengaku terlibat dalam kes ni kerana berada di dalam kereta suspek semasa suspek dan rakan melakukan jenayah.

“Suspek mengaku terlibat dua kes samun sepertimana tular di media sosial.

“Isteri suspek berada dalam kereta ketika suspek dan rakan melakukan jenayah,” katanya.

Kes ni disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“DI MANA SALAH SILAPKU?” – IBU PENYAMUN LUAH PERASAAN

Ibu mana yang tak rasa sedih apabila anak yang disayangi kini telah dilabel sebagai penjenayah. Inilah yang menimpa seorang emak kepada suspek jenayah samun di dobi layan diri kat Sungai Petani yang viral semalam.

Menurut info terbaru dari Utusan Online, suspek hanya mengambil masa 15 minit je untuk melarikan wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit mangsa yang dianggarkan berjumlah RM14,500.

Kecewa dengan apa yang dilakukan si anak, seorang wanita yang kononnya mengaku ibu kepada suspek telah meluahkan perasaannya di Facebook.

Wanita yang dikenali sebagai Intan ni memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan anaknya dan menyalahkan diri sendiri atas jenayah yang dibuat anaknya tu. Aduh, anak punya salah… tak pasal-pasal emaknya tertekan dan terpaksa terima cemuhan orang ramai.

Ini apa yang ibu suspek tulis:

Rata-rata netizen yang mengikuti posting ni memberi kata-kata semangat buat si ibu supaya tabah dalam menghadapi dugaan yang menimpa. Nak buat macam mana kan… Mana ada ibu dalam dunia ni yang nak tengok anak dia jadi penjenayah.

Sumber: Facebook

Dalam pada tu, viral jugak kat Twitter gambar suspek dan akaun media sosialnya yang kini diserang netizen dengan kata-kata makian beramai-ramai.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Moga-moga mangsa segera ditangkap dan dikenakan hukuman sewajarnya. Jangan lupa jugak mintak maaf pada ibu sebab buat kesalahan berat macam ni sampai susahkan hati orang tua tu. Haih!

Sumber lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *