Penduduk Kampung Ini Terkejut Bila Terjumpa Makhluk Laut Gergasi Yang Tidak Pernah Mereka Lihat Tetapi Bila Disiasat Rupa Rupanya

Penduduk di Pulau Seram di wilayah Maluku, Indonesia terkejut selepas menemui bangkai seekor sotong gergasi di Pantai Hulung di pulau berkenaan.

Dalam kenyataan kepada Beritasatu.com, seorang penduduk yang menamakan dirinya Asrul Tuanakota berkata, dia menemui bangkai sepanjang 15 meter itu petang Selasa lalu.

Sejak itu, pantai berkenaan menjadi tumpuan penduduk pulau berkenaan dan yang berhampiran yang ingin melihat sendiri bangkai yang sudah mereput itu. SUMBER : HMETRO ONLINE

Saintis ada jawapan identiti makhluk misteri terdampar di Pulau Seram

Saintis ada jawapan identiti makhluk misteri terdampar di Pulau Seram

Sejak beberapa keping gambar raksasa itu mula tular di media sosial, masyarakat mula melontar persoalan seperti; Apa itu? Bagaimana ia sampai ke pulau di Indonesia? Dan adakah kehadirannya ada kaitan dengan perubahan iklim dan tabiat migrasi ikan paus?

Asrul Tuanakota, seorang nelayan berusia 37 tahun, pada mulanya menyangka dia telah menjumpai sebuah bot terkandas di air cetek, menurut Jakarta Globe.

Dia kemudian mengesahkan ia merupakan bangkai reput yang berukuran 50 kaki panjang yang berkelihatan seperti seekor raksasa sotong.

Air pantai yang dibanjiri warna merah akibat pendarahan hidupan laut itu juga tidak menghalang penduduk tempatan untuk mendekatinya dan berswafoto.

Ketua Sainstis di Ocean Conservancy, George Leonard berkata dia ada jawapannya.

Makhluk berkenaan besar kemungkinan adalah bangkai ikan paus baleen.

Kenyataan itu dibuat berdasarkan bahagian tulang yang menonjol yang digunakan untuk menapis makanan oleh haiwan itu.

Seram, pulau terbesar dalam kepulauan Maluku terletak berhampiran dengan laluan migrasi bagi ikan paus baleen, jadi ia bukan satu perkara yang mengejutkan untuk melihat bangkai ikan paus di situ, lapor portal Huffington Post.

Bentuknya yang pelik dikatakan terhasil dari kesan bengkak selepas kematiannya. Penduduk tempatan telah meminta kerajaan untuk membantu mereka membuang bangkai tersebut.

SUMBER : ASTRO AWANI

Sumber buletin netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *