Adakah Ini Punca Utama Kenapa Ramai Yang Tidak Datang Mengundi Di Sungai Kandis

PENGGUNA yang tidak tahu mereka perlu keluar untuk mengundi hari ini dikatakan bilangan dekri yang kurang mendapat perhatian di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Negeri Kandis (RK).

Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, perkara itu diketahuinya ketika pihaknya menghubungi pengundi, hari ini.

“Ada juga pengundi di DUN Sungai Kandis tidak tahu mereka mengundi bagi PRK kali ini apabila kita menghubungi mereka tadi.

“Mereka ingat mereka pengundi di DUN Sentosa dan juga DUN Kota Kemuning,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peratusan keluar mengundi yang rendah pada PRK Sungai Kandis sehingga tamat tempoh pengundian 5.30 petang tadi.

Pada masa sama, Mohd Zawawi berpendapat pengundi DUN Sungai Kandis berkemungkinan berasa terlalu selesa dengan kemenangan PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu menyebabkan mereka tidak keluar mengundi.

Ia berikutan katanya, sepanjang berkempen, ramai memberikan reaksi positif bahawa beliau akan menang dalam PRK ini.

“Kebanyakan pengundi merasakan kami (PKR) berada dalam zon selesa. Sejak awal berkempen, kami dapat mengesan pengundi terlalu yakin yang kami akan menang.

“Selain itu, PRU-14 juga baru saja berakhir selain mungkin pengundi ada aktiviti dan perancangan lain,” katanya.

Justeru, Mohd Zawawi berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran kepada pengundi walaupun ia hanya PRK.

“SPR perlu memberikan kesedaran kepada setiap warganegara untuk mereka menunaikan tunai tanggugjawab kerana ramai pengundi merasakan mengundi ini sebagai satu pilihan.

“Jadi apabila pengundi rasa mengundi ini sebagai satu pilihan, mereka rasa tidak bersalah lantas tidak melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi,” katanya.

DUN Sungai Kandis kekal dimiliki oleh PKR, selepas calonnya, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, 48, menang dengan majoriti 5,842.

SUMBER  : HMETRO ONLINE

SUMBER  : Malaysia Warta

Dihantar dalam:  Domestik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *