Tampar Rakan Kerja Mengeratkan Silaturahim

Bagi mengeratkan hubungan sesama pekerja agar mereka lebih produktif bekerja, ada pelbagai acara yang dilakukan oleh sesebuah syarikat.

Namun, aktiviti untuk mengeratkan silaturahim pekerja di China ini agak berbeza dan unik apabila mereka diarah tampar rakan sekerja untuk tujuan eratkan hubungan sesama mereka. Acara tersebut diadakan di Nanchang, Jiangxi bagi meraikan ulang tahun ke-14 salun kecantikan Jinhuayuan, lapor SCMP.

Rakaman tersebut menunjukkan 12 orang pekerja di sebuah salun kecantikan melutut di atas pentas dan menampar sesama mereka. Menurut seorang pekerja salun itu, aktiviti seperti itu bagus untuk mengeratkan semangat berpasukan dalam kalangan pekerja.

Ia bukanlah sesuatu yang baru di negara itu kerana terlalu banyak aktiviti-aktiviti tahun seperti itu diadakan oleh beberapa syarikat di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *