Tasha Manshahar Selamat Di Ijab Kabulkan, Mas Kahwin Memang Lain Dari Yang Lain

PENYANYI Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 26, atau Tasha Manshahar, selamat bergelar isteri kepada penyampai radio, Fahrur Raqib Abdul Majid, 28, atau Raqib Majid, hari ini.

Pasangan itu diijabkabulkan oleh ayah Tasha sendiri, Mohd Manshahar Abdul Jalil, 59, dan disaksikan oleh bapa saudara Tasha, Mohd Hasnan Abdul Jalil, rakan bapanya, Mansor Saman dan ahli keluarga ke dua belah pasangan, 9.50 pagi tadi di Masjid Jamek Kajang.

Tasha yang popular dengan lagu Terima Kasih Cinta menerima mas kahwin RM300, sebentuk cincin, seutas gelang dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Surah Al-Fatihah tambahan mas kahwin

Dalam pada itu, Raqib turut mengalunkan surah al-Fatihah sebagai tambahan kepada mas kahwin diterima Tasha.

“Kami belum merancang untuk berbulan madu kerana masing-masing terikat dengan kerja.

“Bagi saya berbulan madu bukan sesuatu kewajipan yang perlu dilaksanakan, asalkan ada masa kualiti bersama sudah dikira berbulan madu,” kata Tasha.

Ditanya kelebihan yang ada pada Raqib yang membuatkannya terpikat, penyanyi itu akui suaminya mempunyai pendirian tegas dan pada masa yang sama ada lembutnya.

Katanya, Raqib juga mudah diajak berbincang dan caranya itu membuatkan dia yakin pada ciri-ciri suami yang dia mahukan.

Tasha yang kini memilih kerjaya guru turut mendedahkan mahu belajar mengenakan niqab selepas ini atas kehendak sendiri.

Katanya, untuk permulaan dia akan memakai niqab ketika keluar rumah kecuali pada waktu mengajar.

Pasangan ini mula berkenalan pada akhir 2016 selepas diperkenalkan oleh ibu Raqib ketika Tasha mengikuti pelajaran agama di Melaka.

Mereka bertunang secara tertutup di kediaman keluarga Tasha di sini pada 24 Disember tahun lalu.

Pasangan ini akan diraikan dalam majlis resepsi sebelah perempuan pada esok) di Shah Alam manakala majlis sebelah lelaki pula diadakan di Melaka pada 22 September ini.

Tasha Manshahar sah bergelar isteri Raqib, tiada rancangan bulan madu

KAJANG: Penyanyi Tasha Manshahar selamat bergelar isteri kepada penyanyi, Fahrur Raqib Abdul Majid, 28, dengan sekali lafaz di Masjid Jamek Kajang, di sini pada pukul 9.50 pagi, Sabtu.

Tasha atau nama sebenarnya Nadia Natasha Mohd Manshahar, 26, dan pasangannya itu dinikah oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohd Manshahar Abdul Jalil, 59.

Pernikahan pasangan itu disaksikan bapa saudara pengantin perempuan, Mohd Hasnan dan rakan bapanya, Ustaz Mansur Saman.

Tasha menerima mas kahwin RM300, sebentuk cincin, seutas gelang dan lima dulang hantaran dan manakala Raqib menerima tujuh dulang hantaran.

Kata Tasha, dia dan suaminya tidak ada sebarang perancangan untuk berbulan madu kerana beranggapan perkara itu bukan sesuatu kewajiban yang perlu dilaksanakan.

“Bagi saya dan Raqib, berbulan madu itu bukanlah kewajiban yang perlu dilakukan. Memang tidak perancangan pun nak pergi mana-mana.

“Asalkan kami dapat meluangkan masa kualiti bersama itu pun sudah dikira seperti berbulan madu. Kalau pergi jalan jauh-jauh pun tapi tak ada masa bersama itu bukanlah ‘honeymoon’,”kata Tasha kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Raqib turut meluahkan rasa syukur selepas majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar biarpun pada awalnya berasa gementar.“Sebagai bakal suami tadi memang ada gementar sebab nak pegang tanggungjawab yang besar.

“Tapi syukur Alhamdulillah, semunya berjalan dengan lancar. Allah permudahkan perjalanan majlis kami biarpun sederhana namun bermakna,”ujar Raqib.

Majlis yang diadakan secara bersederhana dan tertutup itu hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekat, manakala resepsi bakal berlangsung pada Ahad di Shah Alam.

Majlis di sebelah pengantin lelaki yang juga qari, penyampai radio dan bekas peserta Akademi Fantasia (AF) 9 itu direncanakan pada 22 September ini di Melaka.

Pasangan itu berkenalan ketika menjayakan rakaman lagu kira-kira dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 24 Disember tahun lalu.

Tasha yang popular menerusi lagu Ragu-Ragu dan Bukan Aku sudah tidak lagi aktif menyanyi, sebaliknya memberi tumpuan kepada tugas sebagai guru dan penceramah motivasi.

Sumber Sembangtular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *