Ular Tedung Halang Lalu Lintas , Motor Kuning Itu Bernasib Baik Kerana Hanya

Seekor ular tedung dilihat menghalang laluan motor sikal di sebuah lebuh raya. Aksi ular tersebut berjaya dirakam oleh penungang motor. Tindakan agresif ular itu yang dilhat bersedia untuk mematuk sesiapa sahaja yang mendekati.

Tiba2 muncul sebuah motor kuning yang hampir2 melanggar ular tersebut. Walaupun cuba dihalang oleh penungang lain, motor kuning tersbeut tekad cuba melanggar ular tersebut, tapi melihat ular tersebut makin agresif, dia terus memberhentikan motorsikalnya dan berundur ke belakang

Bahaya betul.. Sekali dia cium

Posted by Sukan Star TV – sstv.my on Sunday, September 2, 2018

Kisah disebalik Ular Sawa ‘Anakonda Sarawak’ yang ditangkap didedahkan

Mendapat jolokan ‘Anaconda Sarawak’, reptilia itu, dengan berat melebihi 100 kilogram, ditemui pada 4.45 petang oleh pemburu selepas curiga dengan bunyi bising berkenaan.

Tertarik dengan bunyi bising itu, Tinsung Ujang, 60, kemudian menjenguk ke dalam lubang kayu terbabit dan terkejutnya melihat ular sawa gergasi berkenaan sedang mengawan dengan ular sawa jantan yang lebih kecil darinya.

“Saya berasa amat terkejut kerana tidak pernah ternampak ular sawa yang sedang mengawan, iaitu sawa betina gergasi sepanjang lima meter, manakala pasangannya ular sawa jantan bersaiz agak kecil.

“Terkejut dengan fenomena yang agak luar biasa itu, saya terus menembak kedua-dua reptilia itu kerana bagi masyarakat kami, ia hidangan eksotik yang menjadi lauk kegemaran,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Bagaimanapun, jelasnya, saiz reptilia itu yang agak besar dan berat menyukarkannya membawanya pulang ke rumah sebelum meminta bantuan beberapa rakan.

“Kami terpaksa ‘membelah’ kayu balak itu untuk mengeluarkan kedua-dua ular sawa berkenaan,” katanya.

Tinsung berkata, ular sawa berkenaan kemudiannya dibawa keluar dari kawasan belukar itumenggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD) sebelum dipamerkan ke penduduk setempat.

“Ia kemudian dilapah dan daginngnya dibahagikan sama rata buat para penduduk kampung serta pekerja ladang berhampiran,” katanya.

Cerita gempar disebalik kisah Anakonda Sarawak ini telah di siarkan juga oleh Sarawak Edition di laman Facebook mereka.

sumber expressviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *