Walaupun berbeza umur 23 tahun tetapi bukan penghalang untuk membina mahligai baru

BERA 29 Nov. – Jodoh pertemuan di tangan tuhan.

Jarak usia 23 tahun tidak menghalang seorang peniaga, Tina Yusof, 49, dan pasangannya, Muhammad Zulhelmie Fikrie Salikin, 26, mendirikan rumah tangga.

Majlis perkahwinan pasangan yang merupakan generasi Felda itu berlangsung di rumah pengantin perempuan di Felda Bukit Kepayang di sini pada Sabtu lalu.

Tina bergelar ibu tunggal selepas kematian suaminya enam tahun lepas.

Dia yang menjalankan perniagaan kedai makan sejak 20 tahun lalu mempunyai lima anak  berusia 13 hingga 32 tahun dan empat cucu.

Gambar perkahwinan mereka viral di media sosial sejak beberapa hati itu.

Tina yang juga bekas Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Felda Bukit Kepayang berkata, dia mengambil masa dua tahun selepas mengenali suaminya melalui laman sosial Facebook untuk membuat keputusan mendirikan rumah tangga.

“Alhamdulillah, semua anak saya yang pada mulanya menolak akhirnya bersetuju dengan keputusan ini dan mendoakan kebahagiaan saya.

“Saya menerima dia sebagai suami selepas melihat kesungguhannya dan apa-apa pun sentiasa mengalah serta menerima saya seadanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Bukit Kepayang di sini hari ini.

Tambahnya, dia juga bersyukur kerana kesemua keluarga suaminya turut menerimanya dengan baik. –

sumber dari UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *