Wang Ganjaran Disediakan Jika Siapa Beri Maklumat Sehingga Jamal Tertangkap. Jumlah Yang Diberikan Bukan Sikit Sikit

SHAH ALAM: ‘Misteri’ kehilangan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendapat perhatian netizen yang ingin membantu menjejak beliau.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, ada seorang individu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mereka yang mempunyai maklumat persembunyian Jamal.

“Seorang warga marhaen melalui saya ingin menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat sahih mengenai tempat persembunyian Ketua Umno Bahagian Sg Besar, Jamal Md Yunos yang kini dalam buruan pihak polis,” tulisnya di laman Twitternya hari ini.

Mahkamah Majistret Ampang telah mengeluarkan waran tangkap kepada Jamal selepas beliau gagal tampil memberikan kerjasama bagi membantu siasatan ke atas dirinya.

Jamal kini dikatakan telah melarikan diri ke Indonesia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat tentang Jamal di mana-mana balai polis berdekatan.

Sebelum ini, kehilangan Jamal disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jaminnya kira-kira jam 5.30 petang, 25 Mei lalu selepas prosiding pendakwaan yang berlangsung di Wad Premier Hospital Ampang Puteri, kerana Jamal sedang menjalani rawatan masalah sakit belakang.

Seorang ahli perniagaan menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang memberikan maklumat sehingga tertangkapnya Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Menurut anggota parlimen Kepong, Lim Lip Eng, ahli perniagaan berkenaan memberitahunya mengenai perkara itu dalam satu majlis makan malam tadi.

“Saya menghubunginya pagi ini untuk sahkan semula dan dia mengesahkan tawaran berkenaan. Jadi saya tanya kepada beliau bagaimana kalau Jamal melarikan diri setelah mengetahui tentang tawaran itu.

“Ahli perniagaan itu kata ia bukan isu. Selagi maklumat itu boleh dipercayai dan membantu polis menahannya (Jamal), individu itu akan menerima ganjaran,” katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya apakah ganjaran itu akan diberikan sekali gus, Lim berkata ia akan diberikan bagi setiap maklumat yang dibekalkan sehingga Jamal ditangkap.Lim juga berkata ahli perniagaan itu tidak mempunyai sebarang agenda menawarkan ganjaran itu.

“Dia hanya marah bila seseorang melarikan diri apabila dikehendaki oleh polis. Dia melakukan ini kerana dia mahu memastikan Malaysia memiliki undang-undang,” tambah pemimpin DAP itu.

Jamal menghilangkan diri pada 25 Mei ketika menerima rawatan di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur, selepas dituduh berhubung protes di hadapan bangunan SUK di Shah Alam.

Dia juga sedang disiasat kerana kesalahan senjata api dengan mempamerkan senjata api kepada umum.

Dalam video yang dikeluarkan kemudian, Jamal yang diihat berada dalam sebuah ladang kelapa sawit, mendakwa dia menjadi mangsa kerajaan Pakatan Harapan.

Dia juga mendakwa bahawa gambarnya dengan senjata api adalah palsu.

Sumber : MKINI

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *