Zul Ariffin Mahu Jumpa Pakar Selepas Dukung Elizabeth Tan..Ini Yang Terjadi Buat Ramai Terkejut!

video penuh di akhir artikel

PELAKON sensasi Zul Ariffin memberitahu dia mungkin terpaksa berjumpa dengan pakar kiropraktik yang memfokuskan kepada masalah berkaitan sakit belakang dan sendi selepas dia mendukung penyanyi Elizabeth Tan ketika berada di lokasi penggambaran drama Misteri Dilaila baru-baru ini.Zul, 32, menerusi InstaStory di Instagram dalam mesejnya gurauannya kepada Elizabeth berkata, dia berkemungkinan perlu berjumpa dengan kiropraktik dua kali dalam seminggu akibat perkara itu.

Terima kasih Lizzie jadi penyeri di set #misteridilaila dan kerana dukung you, temu janji I dengan chiropractor dah jadi dua kali seminggu. Sweet kan?,” tulisnya di InstaStory.Mesej itu dibuat Zul sebagai ucapan selamat tinggal kepada penyanyi lagu Knock Knock yang sudah menyelesaikan penggambaran drama itu.Baru-baru ini, video memperlihatkan Zul mendukung Elizabeth tular di laman sosial sehingga ada menyarankan agar mereka menjadi pasangan kekasih memandangkan kedua-dua mereka belum berpunya.

Bagaimanapun ada juga menyelar tindakan pelakon bertubuh sasa itu kerana menyifatkan perbuatannya tidak sopan.Dalam pada itu, menerusi mesej sama, Zul juga berharap dapat kembali bekerjasama dengan Elizabeth dan meminta penyanyi itu mengambilnya sebagai pelakon dalam muzik videonya nanti. “Muzik video baru kalau tak panggil I siap!,” tulisnya lagi.

TINDAKAN pelakon Fathia Latiff memuat naik foto Zul Ariffin bersama Elizabeth Tan di laman Instagram, baru-baru ini mengundang persoalan netizen.Bagaimanapun, Zul berkata dia tidak terkejut dengan tindakan Fathia memandangkan dia sudah lama mengenali pelakon kontroversi itu.”Apa benda saja yang Fathia tak muat naik, semua benda dia nak muat naik (di laman sosial).”Saya dah kenal Fathia lama tapi tak tahu apa agenda dia muat naik foto saya dan Elizabeth Tan itu. Apa pun, saya okay sahaja,” katanya.

Sementara itu, sebuah portal berita melaporkan Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy berharap tidak ada pihak yang salah faham dengan perkongsian foto yang dimuat naik Fathia terutama kapsyen yang ditulis.Foto Zul bersama Lizzy itu dipercayai dirakam di lokasi penggambaran filem Misteri Dilailaarahan Syafiq Yusof di Bukit Fraser, Selangor.Fathia dipercayai membuat paparan skrin dan berkongsi foto yang sama namun memadam perkongsian itu setelah beberapa jam di muat naik.Sebelum ini, Zul menjadi bualan peminat selepas mengumumkan putus cinta dengan pelakon, Zahirah MacWilson.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *